Selasa, 14 Ogos 2012

Ramadhan berlalu...Syawal menjelang~~

Lama ye xconteng2 kat blog ni... Untuk pengetahuan semua, sekarang aku bertugas sebagai Coordinator utk remaja OKU kat untuk Malaysia Council Cheshire Home and sevices.Alhamdulillah dah masuk bulan kedua dan bermakna dh 2 bulan aku meninggalkan Nestle.Tapi pengalaman kat Nestle banyak mengajar aku tentang apa itu KERJA. Kerja baru aku ni memerlukan komitmen yang tinggi. Tapi rezeki Allah nak bagi aku berpeluang kembali ke negeri dibawah bayu dan bonus dapat ke sarawak..Walaupun atas komitmen kerja..tapi dapat juga aku melepaskan rindu pada UMS.. Sekarang opis aku kat Selayang tumpang kat Selangor Cheshire Home. Seronok bile dapat duduk dengar golongan OKU yang pelbagai kekurangan ini.Sekurang-kurangnya aku dapat menimba pengalaman dalam pengurusan OKU.Kalau sebelum ini aku cuma berpeluang duduk dgn kanak-kanak yang mempunyai masalah Autism, SD,Hyperactive dll, sekarang aku berpeluang untuk mengenali OKU yang melibatkan kekurangan fizikal. Di home ini penuh dengan kasih sayang sentiasa tersenyum... Syukur sgt pada Allah bila aku LULUS dalam ujian PEGAWAI PSIKOLOGI SPA yang diadakan pada 14/7/2012..tinggal tggu untuk ujian ke dua yang belum tahu bila. Minta-minta aku akan lulus jugak dalam ujian yang ke dua tu nanti...doakan ye... Alhamdulillah..syukur pada Allah...hampir sebulan kita umat Islam berpuasa..xlama lagi syawal akan menjelang....yeyeyeye!!

Khamis, 14 Jun 2012

Sabar itu indah....

alhamdulilah.... Lama betul x mengupdate blog ni..sibuk dengan kehidupan seharian..menguruskan aturcara hidup yang kadang-kadang sedih,kadang-kadang gembira,kadang-kadang susah,kadang-kadang sangat senang. tapi alhamdulillah masih dapat menghirup oksigen yang meliputi ruang udara ciptaan Allah ini... Diam x diam kita dah memasuki pertengahan tahun 2012..kejap je..pejam celik,pejam celik umur semakin bertambah,muka semakin berkedut (plg sensitif)hahhaha....setengah tahun yang lepas sibuk mengikuti kursus anjuran KHAZANAH MALAYSIA @ Gems..kepada adik2 lepasan ijazah yang masih menganggur..join lah kursus ini,insyallah korang akan akan dapat meninmba pelbagai ilmu pengetahuan yang amat berguna didalam dunia pekerjaan nanti..lepas kursus tercampak pulak ke bumi Kuala Lumpur ~~ MUtiara Damansara di NEstle (M) Berhad..bertugas sebagai Consumer Service...tah apa fungsi jawatan ini pon ak xbape faham.di luar bidang pengetahuan...g keje kosong,balik keje pon kosong p extra dgn penat..tapi adalh pengalaman yang dapat aku kutip..semoga menjadi ilmu yang berguna.. Alhamdulillah 3 Julai 2012 ak akan melaporkan diri di Rumah Amal Cheshire kat Selayang. alhamdulillah apa yang ak hajatkan selama ini hampir menjadi kenyataan. bekerja dengan kanak-kanak dan orang kurang upaya.. i like...kena travel g Sabah, satu lagi daya penarik job yang bakal aku pikul tanggungjawabnya....semoga ALlah mempermudahkan tugasan ak dah melimpahkan rezeki pada aku. sebulan yang lepas,ak dh menguatkan semula semangat ak untuk membuat follow up semula, mmg kena smash ngan doktor lim..." you mengembara seluruh dunia?sekarang baru balik ke???" semua orang gelak..kekangan duduk kat sabah dulu buat ak ssh nak g check up..doc arrangekan PETSCAN untuk tgk status kesihatan ak sekarang lepas setahun setengah ak dh menghilang..hehhhehe...keputusan scan akan kuar minggu depan mtk2 semuanya dalam keadaan baik..amin... Lagi satu perkara yang menarik, aku dah mendaftar untuk menjadi volunteer HOSpital Ampang. untuk kawan2...jom kita menyumbangkan tenaga dan berkongsi pengalaman dngan mereka yang senasib dengan kita..semoga semuakan akan menjadi pahala yang bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak. Ni jela coretan aku untuk kali ini,,semaga sedikit sebanyak akan menjadi ilmu yang berguna kepada kita semua..amin Terima Kaih untuk mak & ayah serta adik2, mak dak & pakdak sekeluarga kawan2 saya Ahmad NAwawi Amir dan Cik Asmiedar sebab banyak bantu saya..... i love u'll

Sabtu, 14 Januari 2012

ibubapa dan anak-anak OKU

salam...

Selama 2 minggu aku mengalas tugas untuk mendidik kanak-kanak kurang upaya ini, aku dapat mempelajari beberapa perkara baru didalam hidup. Betapa bimbangnya ibubapa apabila anak-anak yang mereka harapkan selama ini lahir dengan kekurangan yang sememangnya telah ditakdirkan untuk mereka. betul la berdasarkan teori Cunningham (1979) yang menyatakan bahawa ibubapa yang mempunyai anak-anak kelainan upaya ini akan mengalami 5 fasa sebelum mereka benar-benar dapat menerima kehadiran anak tersebut iaitu terkejut,menafikan, berorientasi,beradaptasi dan akhirnya menerima keyataan. walaubagaimana pun, bukannya mudah bagi seseorang menerima takdir ini. ada ibubapa yang masih tak dapat terima keyataan yang anak mereka mengalami Autism walaupun doktor telah mengesahkan keadaan tersebut. hasilnya, ibubapa memberikan tekanan kepada anak dan menjadikan keadaan anak menjadi lebih buruk.

Salah siapa??? masyarakat umum sememangnya akan menyalahkan ibubapa. biasalah mulut orang..bnyak lah kenyataan macam, "tu la ko xpandai jaga anak","dulu ko jahat sebab tu la dapat anak cacat" mamberikan lagi tekanan kepada ibubapa. bagi pendapat aku,dalam keadaan mcm ini, kita xboleh menyalahkan sesiapa. tetapi apa yang perlu adalah dengan mencari jalan yang terbaik untuk membantu membesarkan anak-anak tersebut. xperlu menyalahkan sesiapa,xperlu nak kutuk2 sebab anak yang dilahirkan adalah anugerah yang tidak terhingga. untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak OKU, anda perlu sedar bahawa anda adalah insan yang Allah pilih untuk mengalas tanggungjawab untuk membesarkan insan istimewa yang sememangnya insyallah akan menjadi sebahagian daripada ahli syurga.xpayah mengeluh,cm ikhlas..

Tapi kalau nak cari bantuan,boleh la berjumpa dengan:

1. kaunselor keluarga

2. perunding kanak-kanak

yang mungkin akan dapat membantu meringankan beban.xpayah nak dengar nasihat orang-orang yang tak tahu menahu tentang OKU.buat serabut perut je..

untuk masyarakat kat luar tu..jangan la sesuka ati nak kutuk2 orang yang ada anak OKU. sebab bukan mereka minta untuk jadi mcm tu..sepatutnya kita membantu meringankan beban dan bersyukur sebab kita dilahirkan normal..

kanak-kanak ...



vid ini diambil masa aku praktikal..ternyata..kanak-kanak mmg ssh diurus..kn bnyak sabar...fuh!!!nasib bek dh berakhir...but...i love kids..

Jumaat, 13 Januari 2012

oh 2012!!

alhamdulillah..akhirnya tahun 2012 berkunjung jua..ini bermakna bertambahla usia,tanggungjawab dan tugas yang perlu digalas.permulaan tahun 2012 dimulakan dengan persediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan guru kepada golongan kurang upaya..syukur sgt permulaan tahun je dh ada satu sumber rezeki..=) ini bermakbna tugas aku sebagai seorang ptani anggur dan jagung dh berakhir.keje kat skola ini memang la penat..balik umah je..trus terbaring..agak ye macamni lah dulu cg2 aku masa ngajar aku ngan kawan2..letih menghadap kerenah pelajar yang mcm2..sampai tak telayan dibuatnya..tapi pengalaman pertama bergelar guru,insyallah aku xkan dapat lupa seumur hidup aku..

8 januari 2012 akhirnya tiba..adeh umur dah melonjak satu angka lagi ke 26 tahun..dengan bertambahnya umur ni..pelbagai la soalan yg org tuju..

1. ble lagi???,ble apa?kawen??kawen lagi..soalan yg sama berulang2..jawapan mudah..blom ada orang nak pinang...hehehhehe...

2. adik pulak dh ckp..long cpt2 la..aku nak kawen jgk ni...jwpan ye..crkan ak pakwe..

3. smapai makcik jual ikan kat tmpat aku pon dh tnya, kakak ble lagi????jwpn mudah...cik carikan la..hahaha

bertambah usia bukan bermakna tua, cuma matang cikit je..soal kawen ini aku serah pada Allah je..mungkin lom masa lagi Allah nak bagi rezeki tu..so adik2 makcik2 sabar ye..sape yg xnak kawen..lom ad jodoh..

tapi bersyukur sebab diusia 26tahun dh ada apa yang aku nak dan semoga semuanya berjalan dengan lancar dengan keberkatan daripada Allah..amin