Sabtu, 14 Januari 2012

ibubapa dan anak-anak OKU

salam...

Selama 2 minggu aku mengalas tugas untuk mendidik kanak-kanak kurang upaya ini, aku dapat mempelajari beberapa perkara baru didalam hidup. Betapa bimbangnya ibubapa apabila anak-anak yang mereka harapkan selama ini lahir dengan kekurangan yang sememangnya telah ditakdirkan untuk mereka. betul la berdasarkan teori Cunningham (1979) yang menyatakan bahawa ibubapa yang mempunyai anak-anak kelainan upaya ini akan mengalami 5 fasa sebelum mereka benar-benar dapat menerima kehadiran anak tersebut iaitu terkejut,menafikan, berorientasi,beradaptasi dan akhirnya menerima keyataan. walaubagaimana pun, bukannya mudah bagi seseorang menerima takdir ini. ada ibubapa yang masih tak dapat terima keyataan yang anak mereka mengalami Autism walaupun doktor telah mengesahkan keadaan tersebut. hasilnya, ibubapa memberikan tekanan kepada anak dan menjadikan keadaan anak menjadi lebih buruk.

Salah siapa??? masyarakat umum sememangnya akan menyalahkan ibubapa. biasalah mulut orang..bnyak lah kenyataan macam, "tu la ko xpandai jaga anak","dulu ko jahat sebab tu la dapat anak cacat" mamberikan lagi tekanan kepada ibubapa. bagi pendapat aku,dalam keadaan mcm ini, kita xboleh menyalahkan sesiapa. tetapi apa yang perlu adalah dengan mencari jalan yang terbaik untuk membantu membesarkan anak-anak tersebut. xperlu menyalahkan sesiapa,xperlu nak kutuk2 sebab anak yang dilahirkan adalah anugerah yang tidak terhingga. untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak OKU, anda perlu sedar bahawa anda adalah insan yang Allah pilih untuk mengalas tanggungjawab untuk membesarkan insan istimewa yang sememangnya insyallah akan menjadi sebahagian daripada ahli syurga.xpayah mengeluh,cm ikhlas..

Tapi kalau nak cari bantuan,boleh la berjumpa dengan:

1. kaunselor keluarga

2. perunding kanak-kanak

yang mungkin akan dapat membantu meringankan beban.xpayah nak dengar nasihat orang-orang yang tak tahu menahu tentang OKU.buat serabut perut je..

untuk masyarakat kat luar tu..jangan la sesuka ati nak kutuk2 orang yang ada anak OKU. sebab bukan mereka minta untuk jadi mcm tu..sepatutnya kita membantu meringankan beban dan bersyukur sebab kita dilahirkan normal..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan