Sabtu, 14 Januari 2012

ibubapa dan anak-anak OKU

salam...

Selama 2 minggu aku mengalas tugas untuk mendidik kanak-kanak kurang upaya ini, aku dapat mempelajari beberapa perkara baru didalam hidup. Betapa bimbangnya ibubapa apabila anak-anak yang mereka harapkan selama ini lahir dengan kekurangan yang sememangnya telah ditakdirkan untuk mereka. betul la berdasarkan teori Cunningham (1979) yang menyatakan bahawa ibubapa yang mempunyai anak-anak kelainan upaya ini akan mengalami 5 fasa sebelum mereka benar-benar dapat menerima kehadiran anak tersebut iaitu terkejut,menafikan, berorientasi,beradaptasi dan akhirnya menerima keyataan. walaubagaimana pun, bukannya mudah bagi seseorang menerima takdir ini. ada ibubapa yang masih tak dapat terima keyataan yang anak mereka mengalami Autism walaupun doktor telah mengesahkan keadaan tersebut. hasilnya, ibubapa memberikan tekanan kepada anak dan menjadikan keadaan anak menjadi lebih buruk.

Salah siapa??? masyarakat umum sememangnya akan menyalahkan ibubapa. biasalah mulut orang..bnyak lah kenyataan macam, "tu la ko xpandai jaga anak","dulu ko jahat sebab tu la dapat anak cacat" mamberikan lagi tekanan kepada ibubapa. bagi pendapat aku,dalam keadaan mcm ini, kita xboleh menyalahkan sesiapa. tetapi apa yang perlu adalah dengan mencari jalan yang terbaik untuk membantu membesarkan anak-anak tersebut. xperlu menyalahkan sesiapa,xperlu nak kutuk2 sebab anak yang dilahirkan adalah anugerah yang tidak terhingga. untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak OKU, anda perlu sedar bahawa anda adalah insan yang Allah pilih untuk mengalas tanggungjawab untuk membesarkan insan istimewa yang sememangnya insyallah akan menjadi sebahagian daripada ahli syurga.xpayah mengeluh,cm ikhlas..

Tapi kalau nak cari bantuan,boleh la berjumpa dengan:

1. kaunselor keluarga

2. perunding kanak-kanak

yang mungkin akan dapat membantu meringankan beban.xpayah nak dengar nasihat orang-orang yang tak tahu menahu tentang OKU.buat serabut perut je..

untuk masyarakat kat luar tu..jangan la sesuka ati nak kutuk2 orang yang ada anak OKU. sebab bukan mereka minta untuk jadi mcm tu..sepatutnya kita membantu meringankan beban dan bersyukur sebab kita dilahirkan normal..

kanak-kanak ...



vid ini diambil masa aku praktikal..ternyata..kanak-kanak mmg ssh diurus..kn bnyak sabar...fuh!!!nasib bek dh berakhir...but...i love kids..

Jumaat, 13 Januari 2012

oh 2012!!

alhamdulillah..akhirnya tahun 2012 berkunjung jua..ini bermakna bertambahla usia,tanggungjawab dan tugas yang perlu digalas.permulaan tahun 2012 dimulakan dengan persediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan guru kepada golongan kurang upaya..syukur sgt permulaan tahun je dh ada satu sumber rezeki..=) ini bermakbna tugas aku sebagai seorang ptani anggur dan jagung dh berakhir.keje kat skola ini memang la penat..balik umah je..trus terbaring..agak ye macamni lah dulu cg2 aku masa ngajar aku ngan kawan2..letih menghadap kerenah pelajar yang mcm2..sampai tak telayan dibuatnya..tapi pengalaman pertama bergelar guru,insyallah aku xkan dapat lupa seumur hidup aku..

8 januari 2012 akhirnya tiba..adeh umur dah melonjak satu angka lagi ke 26 tahun..dengan bertambahnya umur ni..pelbagai la soalan yg org tuju..

1. ble lagi???,ble apa?kawen??kawen lagi..soalan yg sama berulang2..jawapan mudah..blom ada orang nak pinang...hehehhehe...

2. adik pulak dh ckp..long cpt2 la..aku nak kawen jgk ni...jwpan ye..crkan ak pakwe..

3. smapai makcik jual ikan kat tmpat aku pon dh tnya, kakak ble lagi????jwpn mudah...cik carikan la..hahaha

bertambah usia bukan bermakna tua, cuma matang cikit je..soal kawen ini aku serah pada Allah je..mungkin lom masa lagi Allah nak bagi rezeki tu..so adik2 makcik2 sabar ye..sape yg xnak kawen..lom ad jodoh..

tapi bersyukur sebab diusia 26tahun dh ada apa yang aku nak dan semoga semuanya berjalan dengan lancar dengan keberkatan daripada Allah..amin