Ahad, 31 Mei 2009

Selamat ulang tahun.....

sepupu-sepupu ak yg spoting...
kecik2 dh pandai posing...


kecoh umah atok semalam..


kek bezday busu,adik n along

best makan smlam...


poksu,adik akim n adik ijul..

Tanggal 29 mei1975..telah lahir seorang bayi yang diberi nama Abd Aziz ibrahim@poksu...setiap tahun kami sekeluarga akan berkumpul menyambut hari lahir poksu,nuru@along dan adik akim...meriah gle suasana ye..i love my family..

Hari bahagia???


Semalam ak sekeluarga berkunjung ke rumah atok ak yg terletak di kg baru kluang johor..di sebabkan ada sedikit majlis kat umah atok..ak n sedra mara ak berkumpul untuk meraikan hari ulang tahun busu yang ke 34 tahun..kita orang anak-anak sedara n dah xde kje..so mengambil bahagian untuk..berposing....kat lua rumah...mmg happening umah atok ak..kat ruang tengah plak...adik beradik ayah ak tengah bebual dengan volume 40 - 45..huuh....



ak dengan adik ak zia hul haq...



along nak tembak ko...dush!!



   cousin-cousin ak..nurul,ct  n sara

akhirye........


Bak kata gha..bebola dari planet marik dh menghempap kepala ak..untuk sekian kali nye...im fall in love...seronok gak bile dah de org yg sayang kat kite..hehehe.. 

*ak dh le tolak pilihan mak ak..haahaa...



Khamis, 28 Mei 2009

opps!!!!cinta datang lagi??


"Uh...cinta datang lagi wajahmu terbayang
Terasa rinduku kini kan berulang
Uh...cinta datang lagi senyuman menawan
Sukar untuk aku cuba melupakan"

....adakah dia yang terbaik utk ak???ak pun x sure...hope Allah bagi petunjuk utk kami lalui keadaan ini....ya ALlah..bantu lah hamba mu ini...
cakap pasal cinta ini ak takot sangat..gerun tu...takot kisah lama berulang lagi.tapi betul jugak ckp g ha a.k.a tok guru ku..hehehehe..why not ak cuba kan..tapi ak x tak sure samada kptsn yg ak buat malam tadi adalah keputusan yang tepat....

ya ALlah bantu lah ak buat keputusan yg tepat.....
amin.....


Isnin, 25 Mei 2009

dia adalah seorang.....


Malam tadi ak dikezutkan dgn satu panggilan telefon dr seorang hamba Allah yg ntah mcmana rupe parasnye...sebelom2 ni kami selalu berbalas msg ttp dgn nada2 yang agak keras dan keterlaluan..hamba Allah tu aku gelarkan die sebagai X...hehheee...
 
X ni ak kenal hampir setahun yg lalu..tapi ak xpenah tengok la upe die ni mcmana..hope adalah hidung..huhuuhu..

Kami selalu bersms n sering kali mengunakan perkataan yg agak kasar...mlm td kira2 pukul 10.30 pm..sedang ak khusyuk membaca novel...tb2 ak tengok nset ak bergegar dengan begitu kuat sekali..kalau kat umah nset ak mmg silent..tgk2 nm die yg naik..ak dh pk dah pesal la mahluk  ni call...spnjang 12 bulan ni mmg ak xpenah hang up kalau die call..sebab die...sampai ak terlupa nk ym ngan icak malam td..sori cak...huhuu..

ak angkat je tepon...
x dah rosak kan mood ak dengan soalan ni..
" awak sedia tak kalau dalam ms yg terdekat ni...sy nak mendirikan masjid dgn awk"
ak terus matikan call die...
gile pe mahluk ni...dah la xkenal..
pastu ckp yg bukan2..hahahahahhaa....
mmg gle...
lepas tu...die anto lbh dr 11 msg..satu pun ak xreply..lantak die la...huhuu..
sekian...

Izinkan ku bahagia...















ni ak nak tunjuk kat korang novel2 yang paling latest kat pasaran..heheheeh..semua ye ak dah bc..utk april..mikail paling best..ak bg 5 bintang..cite ye pasal seorang pembunuh bersiri yg jatuh cinta dengan org yg dia kn bunuh..nak tahu selanjut ye..bc la sendiri...

bln mei nie buku 
paling best ak dah bc sandaran hati dengan sungguh ak cinta..mmg best sgt..buku sungguh ak cinta xde dalam pic ni..jiran ak pinjam..hahahaa..
try la bc...utk isi ms lapang...






Ahad, 24 Mei 2009

Majlis tunang mai....


amboi...sebok duk cte pe la tu nisa ngan mai...


ayu ye mai di sampin barang2 hantran die....

ni plak aku ngan nisa hamdan..walaupun dah 6tahun rak jumpa..kami masih akrab...
huhuuuhuh....
n satu lagi...ak mmg nmpak gemok drpd biasa..hahhahahaa..


icak...
gambo ko ngan ak..
 xde pic kite berdua je...
hehehheheee...

Cinta?????????

ak ngan bakal pengantin...
cik maisarah tajuddin..

 Sabtu ari tu... aku,nisa,icak n gha pergi kemajlis pertunangan rakan seangkatan kami cik maisarah tajudin...amboi cik mai berseri2 ms ari tu..yela cinta siber yg dijalinkan hampir 2 thn akhir ye hampir ke puncak...hehehee...cik mai sarah yg mengenakan pakaian berona krim menonjol kan keayuaan ye yg tersembunyi selama ni..mai ni mmg cute pon..tambah2 lagi dengan celoteh dia yg asyik nak gelak je...walaupon hari ni ujan lebat.. tp umah mai ttp meriah...ujan rahmat la katakan..mai akhir ye bertemu ngan jejaka drpd alor setar kedah...jejaka yg berjaya mencuri ati kwn aku di beri nm zaki afendi..seiring ngan nm ye org ye pon bole tahan..huhuuuuhu...

icak,ak, cik mai, g ha dan nisa hamdan...
(kat c2 ak la yg paling gemok..hhahhahaa)

ms kite org tengah sembang bagai nak rak lepas majlis mai..tetiba de sorang makcik ni a.ka mak andam la kat situ..menelek muka ak n dak2 ni..mengikut ramalan makcik tu..g ha n nisa hamdan mmg sdg bercinta..sedangkan...ble turn ak ngan icak...makcik tu cm senyum je..
hahahhahaa..ni menunjukkan parabola yg de pada makcik tu xdpt mengesan gelombang2 cinta pd ak n icak..hahhahahahaa.....nak tergelak beso ak..


mai  ngan hantaran nye..berseri2 sei muka mai..
hahahhaaa...mengikut perkiraan..cik mai akan melangsungkan perkahwinan ye pada bln 12 ni...peh mai dh nak bergelar isteri..tah ble plak turn ak..hehhee..ble tagk mai dh tunang ni..rs mcm nak la plak..tapi siapa kah calon ye???hahahahaha...sln yang mmg xde jawapan...
huuuuhu....

lastly..ak nak ucapkan tahniah pada mai n semoga jodoh korang berpanjangan..insyAllah...amin..

Khamis, 21 Mei 2009

harapan untuk hidup..

UPM temui kaedah kesan kanser peringkat awal

Oleh Nor Azma Laila
norazma@bharian.com.my


IQBAL gunakan pengimejan nuklear dikenali Pengkolimat Jaringan Wayar bagi kesan kanser di UPM, semalam.

Penemuan pertama di dunia guna pengimejan nuklear 

KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) menemui kaedah yang pertama di dunia bagi mengesan sel kanser peringkat awal menggunakan pengimejan nuklear yang dikenali Pengkolimat Jaringan Wayar. 

Ia dipasang pada perkakasan pengimejan nuklear yang dikenali sebagai mesin Spect bagi meningkatkan sensitiviti mesin berkenaan mengesan sel kanser lebih awal dan dalam saiz yang lebih kecil iaitu satu milimeter (ml). 

Pensyarah dan Ketua Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Sistem Terbenam dan Kecerdikan Buatan Fakulti Kejuruteraan UPM, Dr M Iqbal Saripan, berkata penambah baik dicapai dengan mengubah satu struktur dalam perkakasan pengimejan nuklear yang dinamakan pengkolimat.

"Mesin Spect ada dua komponen utama iaitu pengesan dan pengkolimat. Pengkolimat diubah suai supaya ia boleh meningkatkan sensitiviti mesin untuk mengesan aktiviti sel luar biasa lebih awal dan dalam saiz yang lebih kecil.. 

"Pengkolimat ini dicipta dalam bentuk jaringan wayar, sekali gus membolehkan lebih banyak sel dikesan berbanding pengkolimat sedia ada yang berbentuk blok segi empat sama dan tidak membuka banyak ruang kepada mesin Spect untuk kesan sel kanser," katanya pada sidang media mengenai hasil kajian itu, di sini semalam. 

Beliau berkata, berbanding pengkolimat sedia ada yang hanya boleh mengesan sel kanser sebesar 10ml, pengkolimat baru mempunyai banyak kelebihan dan tidak memberi kesan radiasi kepada pesakit.

Komponen baru yang didatangkan dalam dua saiz itu lebih ringan iaitu masing-masing 39.5 dan 51.2 kilogram (kg) berbanding pengkolimat sedia ada seberat 100 kg, sekali gus mudah dikendalikan. 

Walaupun boleh meningkatkan sensitiviti kepada mesin pengimbas untuk kesan sel kanser pada saiz yang lebih kecil, ia tidak memberikan kesan sampingan kepada pesakit kerana prosedur yang dilalui sama seperti prosedur ketika menggunakan pengkolimat sedia ada. 

"Hospital yang ingin menggunakan pengkolimat ini juga tidak perlu membeli mesin Spect baru yang bernilai jutaan ringgit, sebaliknya hanya perlu tukar pengkolimat," katanya. 

Iqbal yang sudah menjalankan kajian sejak tujuh lalu, berkata UPM sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar mesin Spect dari China dan United Kingdom yang berminat dengan pengkolimat itu untuk diguna pakai pada produk mereka.

"Komponen berkenaan belum diuji secara klinikal, sebaliknya diuji ke atas sel kanser kerana masih menunggu pengkolimat dipatenkan di luar negara," katanya. 

Pengkolimat yang difailkan untuk dipatenkan di negara ini pada Julai 2008 memenangi beberapa anugerah, antaranya Pingat Emas dan Ucapan Khas Tahniah Juri Geneva 2008 serta Anugerah Pengerusi dan Emas Agensi Nuklear Malaysia sempena Ekspo Teknologi Malaysia. 

yum2...cedap ye..

Ari ni agak membosankan bg ak..p terubatla jugak ble ayah belanja ak kfc..yum2..lepas seminggu ak teringin nak mkn ayam goreng..huhuuhu..ak ni pelik sikit..sejak2 sakit ni..kalau nak pape mesti nak jugak@ mengidam la..huhuhu...tah npe tak ak pon xfhm..actly kfc n fast food ni xbaik untuk kesihatan..tapi kalau dah teringin sangat kan..nak buat mcmana..layan je la...

Selasa, 19 Mei 2009

Ct Scan penentu....


salam semua...
hari ni 19 mei 2009 ak pegi ct scan kat hospital sultanah Aminah(HSA)..mcm biasa pg2 dh keluar rumah..ak mula2 tkot gak..yela..hari ni ct scan penentu..ak takut sngt2...isk..mlam tadi ak tak bole tdo pk kan ari ct scan ni..keputusan ct scan ni akan keluar 3 jun 2009...doakan ak ye..
terima kasih...

Isnin, 18 Mei 2009

sape nak diet?????

kat sini ak nak kongsi cikit cara diet ikot RAsulullah...jom la kwn2..kite try..insyAllah...xpayah bazir wit beli ubat kurus..

Tahukah anda....?, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

 

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH

DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa..... ......... ......... ......... .

Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

 

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

 

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk

yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan

menggandakan 10 kali kepadanya.



penilaian menengah rendah& sijil peperiksaan Malaysia



korang masih ingat tak sebelom kita exam..kita aka mengadap kiblat dan berdoa...ak rindu saat2 tu..isk...kite berjuang atas kertas peperiksaan dgn keberkatan daripada Allah..
ak teringat ms f3...last day pmr..ktorg dak2 pempuan pakat bawak jam..p sayang jam ak berbunyi 5 minit awal..kah2..malu sangat la masa tu...last paper xsilap ak sejarah...huhuu...korang ingat lagi x??


gunong dato'





kali ni ak nak cte pasal trip dak2 f5 batch 99-03 g gunong dato'..ak dh xingat tarikh ye..p best gak g sn..program ni dibawah kelolaan ustazah sarmi ponijan...pas g gunong dato' kitorg g pusat sains negara..masa daki gunong dato' mcm la kenangan yg ktorg dapat..ak percaya setiap orang de pengalaman tersendri..ble kenang2..nak ketawa sendiri la plak..
hope pic kat ni dapat ingatkan korang..ms kite g gunong tu..syok tu..
hahahahhahahaaa..

SMKAS yg tercinta...












kali ni ak nak cte masa kitorg f1...masa f1 dak2 senior skola ak ada wat program untuk bebudak f1..masa tu tahun 99..program ni di kenali sebagai Procast..dalam program ni mcm2 la aktiviti yang dorg buat antara nye night walking...hhuuhuuh...lawak gle ms prog ni...ak mmg xle lupa..ye la..seminggu program ni..letih sngat2...kito gak diberikan barang amanah sebiji telur..korang bayangkan bile nak g mana2 kn jg telur tu..adus bile pecah hanyir gle..huhu..p mmg best gle..
tu la kenangan yg mmg xle ak lupakan...

aktiviti kat rumah....














sepanjang ak sakit, ak banyak buat aktiviti2 yang berfaedah la...huhuhuhuhu..antara ye bercucuk tanam,belajar menjahit(p xpandai2 pon)...bc novel n bnyak lagi la..
ak gak menjalankan perniagaan kecil-kecilan kat umah...huuu..seronok gak ble duk kat umah ni..bnyak benda bole ak wat...p yg paling best bercucuk tanam la..ak teringat masa form 1..masa tu semua dak form 1 kena bersihkan tanah lapang kat dpn umah pekerja..(atas kerahan ustazah rogayah)..hahahaha...kitorg kena bersihkan kwsan tanah lapang tu n buat kebun..best gak time tu..ak blajo mcmana nak bercucuk tanam..group ak tanam pokok terung..peh mmg cantik la pokok2 kitaorg..best sgt..hasil tanaman tu ustazah rogayah jual kat bilik guru..selain daripada tu..ada gak yg bela ayam..siap buat reban lagi..best sangat kalau ingat masa tu..huhuhuu...bekerja sm antara dak2 form 1..huhuuhuu...

Ahad, 17 Mei 2009

Nak cte lagi pasal sabah...




Disebabkan ada permintaan yg nak ak cte pasal sabah so, ak nak cte pasal zoo lokawi..zoo lokawi ni terletak kat satu tempat yg di kenali sebagai lokawi...hehehehe...xberapa jauh daripada bandar kota kinabalu..zoo ni di wujudkan untuk senang la org sabah nak tengok haiwan2 yg de dan bertujuan untuk pendidikan(padahal kat sabah mmg byk haiwan) hahhaaa...ak tak ingat de berapa specis haiwan kat sini tapi banyak lah juga...lembu pon termasuk dalam senarai...
antara haiwan pelik2 kat sini adalah bayau...org sabah pnggil bayau@monyet belanda..monyet ni pelik cikit drpd fizikal ye..coz idung ye panjang..monyet ni mmg sah2 xde kat semenanjung..huuhu...monyet ni gak cuma makan pucuk bakau...lagi yang de kat cn orang utan..ak first time tgk org utan dpan mata ak kat cn la..excited sgt..org utan ni mmg cute n mesra...kalau korang nak  tgk binatang2 ni le la datang ke zoo lokawi..
selain darpd binatang...kat zoo ni pon de botanical garden..de pelbagai jenis bunga ada kat cini..semua ye cantik2 belaka..mmg sweet la tempat ni...nnt zoom la ke zoo lokawi ye...
huhhuhuuh.....