Isnin, 20 Disember 2010




cantiknya pemandangan dari udara..
indah....

selamat tinggal 2010

salam....

tahun 2010 semakin hampir melabuhkan tirainya, pelbagai perkara suka duka yang telah kita lalui sepanjang tahun 2010..sy sendiri melalui pelbagai perkara yang mencabar kemampuan diri sepanjang tahun 2010.Alhamdulillah dengan kasih sayang daripada Allah sy dapat melaluinya dengan baik. syukur sangat tahun ini sy dapat melanjutkan pengajian semula dan dapat menamatkan semester5 dengan baik.walaubagaimana pun,tahun 2010 juga akan menjadi kenangan didalam hati setiap ahli keluarga kami apabila atok kesayangan kami pergi kembali kepangkuan Allah pada 29 November 2010..semoga roh atok akan sentiasa berada dalam rahmatnya.

dengan berlalunya tahun 2010, maka datang lah tahun 2011. kedatangan tahun baru bermakna bertambahlah usia, kematangan dan tanggungjawab. semoga tahun baru ini akan dapat memberikan kita lebih kegembiraan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. semoga azam tahun baru akan dapat memberikan semangat kepada diri kita untuk memajukan diri disamping meningkatkan keimanan dan ibadah kepadaNya..semoga Allah mencurahkan limpahan rezekinya kepada kita semua..amin...

terima kasih kepada semua rakan2, ahli keluarga dan mereka yang banyak membantu saya untuk melalui kehidupan ini dengan lebih baik..semoga Allah mengampunkan segala dosa2 yang kita telah lakukan dan menjadikan kita hamba yang lebih mensyukuri nikmatnya..


selamat tahun baru 2011...

love u'll.....

salam syg,
adawiyah

selamat tinggal 2010

salam....

tahun 2010 semakin hampir melabuhkan tirainya, pelbagai perkara suka duka yang telah kita lalui sepanjang tahun 2010..sy sendiri melalui pelbagai perkara

Khamis, 11 November 2010

12 november 2010

alhamdullillah..syukur pada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup..

salam...

hari ini genap setahun sy melakukan pemindahan sumsum tulang..tarikh yang sama setahun yang lalu banyak telah membawa perubahan dalam kehidupan saya.bersyukur sangat sebab kini saya dalam kategori sihat...alahamdulillah..Allah maha mengasihani umatnya yang sentiasa berusaha. hari ini rasa bersyukur sebab masih lagi mampu melihat keindahan alam dan menghirup udara segar..

semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik untuk saya..
terima kasih ALLAH..

Jumaat, 15 Oktober 2010

stress....


salam....

lama ye x mencoret pape di wall blog ni..almaklum kesibukkan sebagai seorang pelajar sedang memainkan peranannye...banyk tugasan yang perlu diselesaikan sebelum final exam bermula 10 november 2010.terlalu banyak dugaan yang mendatang sepanjang perjalanan kehidupan ak kat UMS...semakin jauh ak pergi..semakin banyak ranjau yang perlu ak lalui..kadang-kadang ak terfikir..jahat ke ak berkelakuan baik pada setiap org?kenapa ak xbole nak membenci org???nape ak tadah je setiap ap yang dorg lakukan???kat mana silap ak???soalan-soalan ni betul2 buat ak stress..kalau kita jadi terlalu baik...orang salah anggap then pijak kepala kite.tapi kalau kite jahat..orang benci..jadi nak jadi macamana ye..stress....mtk2..cepatlah sem ini berlalu..doakan ye kawan2 ak exam 10-25 Nov 2010 ini...doakan ak dapat menjawab semua soalan dengan baik....rindu mak n ayah...

salam syg,
adawiyah din

Khamis, 23 September 2010

selamat hari raya!!

salam...

mungkin agak terlambat nak ucapkan selamat hari raya n maaf zahir batin pada semua...
hope hari raya yang lepas memberikan seribu erti kepada semua!!!
love u'll

salam

Isnin, 30 Ogos 2010

alhamdulillah....


salam
...

lama rasa ye x conteng-conteng kat blog ni...bukan apa, almaklum sekarang ni bz..exam,agsmt pon banyak..saya nak bagitahu bite gembira pada semua..alhamdulillah keputusan pet scan saya menunjukkan tanda2 positif..xde lagi sel kanser tu dalam badan saya...syukur sangat bile doc bagitahu berita gembira itu..happy sgt..xtahu nak ckp..terasa semua bebanan yang selama ini melanda hati seolah-olah pergi dibawa angin..alhamdulillah..ni semua berkat doa dr ,mak ayah, adik-beradik,saudara mara dan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan saya...terima ksih sangat2..sayang kamu semua..hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian..

bersyukur sangat, sebab banyak kegembiraan yang Allah bagi sepanjang tahun 2010 ni...lagi2 di bulan ramadhan yang penuh barakha..syukur sangat...hope kawan-kawan dapat terus doakan kesihatan saya pulih seperti biasa ye....time kasih

"terima kasih Allah,
terima kasih semua...."

Rabu, 11 Ogos 2010

ramadhan datang lagi....

salam...

ramadhan datang lagi ni bermakna, ini kali ke3 ramadhan saya bersama hodgkin lymphoma.alhamdulillah..kesakitan yang saya rasa sebelum ini semakin beransur-ansur pergi.tapi kadangkadang ada juga rasa sedikit kegusaran kat hati bila ramadhan datang.takut2 perkara yang berlaku 2tahun lepas kembali menghantui hidup ini.

tapi alhamdulillah, tahun ini saya dapat menyambut ramadhan dengan lebih baik walaupun dalam suasana yang x berapa nak best sebab tak bersama mak dengan ayah kat umah.tapi rasa best sebab berpeluang berpuasa. tahun lepas saya sambut 1 ramadhan kat Hospital Ampang.tapi x dapat berpuasa sebab masa tu kena kemo ICE...30 hari tak puasa tahun lepas..sedih jugak..jadi tahun ini bertekad..selagi berdaya, saya akan cuba berpuasa.

semalam sewaktu bersahur, cuma ada nasi putih,budu dan sebiji telur masin.walaupun tak seberapa, tapi makan juga sebab takut kalau2 x tahan dan takut tiba2 je pakcik gastrik datang kat perut..tapi alhamdulillah..saya dapat berbuka dan menyudahkan seharian berpuasa. saya menitiskan air mata gembira kerana akhirnya, saya dapat juga berpuasa seperti kawan-kawan yang lain setelah 2 tahun tak dapat merehatkan perut saya daripada terus bekerja...kesian dia..

apa yang saya nak sampaikan kat sini bukan nya nak menceritakan ttg seharian saya berpuasa, tapi nikmat berpuasa dan menunaikan ibadat yang bile kita x dapat lakukan mcam org lain kita akan rasa sedih. kat sini jugak saya nak bagitahu, betapa rasa bersyukur sgt2 bile nikmat yang Allah pernak tarik dulu, tiba2 kita dapat semula..syukur yang tidak terhingga...

terima kasih Allah kerana,
masih memberikan aku peluang untuk berjumpa dengan ramdhan pada tahun ini,
semoga aku lebih menghargai apa itu erti berpuasa...
amin..

kepada semua kwn2..selamat berpuasa..

Sabtu, 31 Julai 2010

im back to school..

salam...

kepada semua kawan-kawan yang setia mengikuti perkembangan saya, bersyukur kehadrat Allah, dengan kasih sayang dan rahmatnya saya telah kembali menyambung pengajian saya. setelah berjaya mengharungi rawatan sebnyak 25 kali sesi radioterapi akhirnya saya dibenarkan untuk menyambung kembali pengajian yang telah tertanguh selama 2 tahun.saya amat bersyukur tak terhingga. sekarang keadaan saya undercontrol. belum pulih sepenuhnya tetapi dalam proses pemulihan. sesungguhnya, Allah menjanjikan sesuatu kegembiraan kepada umatnya yang sabar menghadapi dugaan. lately, saya buat pet scan utk melihat perkembangan sel kanser, samaada msh ada atau pun, sudah lenyap...saya harap kawan-kawan dapat doakan agar doktor mrnyampaikan khabar gembira untuk saya dan keluarga.

saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga, sahabat andai dan kepada dia yang sudi bersama saya ketika susah dan senang..sesungguhnya, Allah hanya menguji kita mengikut kemampuan diri kita...jangan sesekali mengeluh tetapi redha dan berusaha sedaya upaya. kerana setiap penyakit memang ada ubatnya kecuali kematian.....


salam ukhwah...

ikhlas,

adawiyah din

Rabu, 14 April 2010

Radioterapi

Hari ni first day ak wat radioterapi.em..bahang kpanasanya dh mula terasa..xtahu la 19sesi yg sterusnya mcmana.doakan ak dapat lalui saat2 ni dgn baik ye!

Sabtu, 16 Januari 2010

Radioterapi???




14 januari macam biasa aku pergi check up di Hospital Ampang dan lagi sekali doc agak mengecewakan aku..kali ini doc cakap aku tak boleh cont pengajian lagi coz sel kanser tu masih ada dan aku perlu meneruskan rawatan iaiitu radioterapi. em...dalam hati aku bercampur baur..mahu tak nya..aku dah rasa ok dan bersemangat nak blaja lagi.tb2...khabar yang tak best doc bagi.26 jan ni...aku akan bertemu doc pakar onkologi untuk arrange tarikh..mintak2 kali ini smuanya sucsess..amin.

Khamis, 7 Januari 2010

Happy New Year 2010

Tahun baru 2010 datang menjenguk kita tepat pada jam 12.00a.m. Apa makna kedatangan tahun baru??maknanya..umur semakin meningkat, ada azam baru, perubahan daripada segi fizikal dan mental…so, apa azam korang tahun baru ini??aku tahun ini berazam untuk sihat seperti biasa..insyAllah, nak sambung pengajian aku yang dah lama sangat tertangguh,dan nak jadi baik sikit..hope semua ini akan tercapai..insyAllah..doakan ye…

Untuk korang semua…

Selamat tahun baru…
semoga apa yang kita cita-cita kan akan menjadi kenyataan..
amin..

beg-beg sum-sum tulang yang telah selesai


Pemindahan sum-sum tulang 12 November 2009


Alhamdulillah selepas setahun 5 bulan aku menjalani rawatan,berulang alik daripada Kluang ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, akhirnya aku telah sampai ke rawatan akhir iaitu pemindahan sum-sum tulang atau lebih dikenali sebagai bone marrow transplant.

Seperti yang dirancangkan aku admit di Hospital Ampang pada 3 Disember 2009 di wad 7D yang merupakan wad khusus untuk pemindahan sum-sum tulang. Selepas stafnurse mengambil observation tinggi,berat badan dan tekanan darah aku diletakan di dalam bilik no14. Untuk pengetahuan semua di wad 7D ini terdapat 28 buah katil yang di khususkan untuk pesakit-pesakit yang menjalani pemindahan sumsum tulang. Pemindahan sumsum tulang ini di jalankan mengikut batch ini bermaksud terdapat 8 orang yang akan menjalankan pemindahan sum-sum tulang pada tarikh yang sama dengan aku.

Proses pemindahan sumsum tulang ini bermula dengan 6 hari berturut-turut kemoterapi. Untuk makluman, dose ubat yang diberikan adalah 10 kali ganda kuat daripada kemoterapi yang pernah aku ambil. Di sebabkan itu, suhu setiap bilik adalah sekitar 20 Celsius untuk mengelakkan aku merasa panas sewaktu ubat kemo tersebut dimasukkan. Aku juga tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada bilik tersebut sehingga rawatan selesai dan tidak dibenarkan menerima pelawat kecuali ayah,mak dan adik2. Di hospital aku ditemani oleh adik kedua aku yang kebetulan sedang bercuti semester. Kesian adik aku terpaksa menghabiskan cuti semesternya di dalam wad bersama-sama aku dan menguruskkan keperluan yang aku perlukan.

Sebelum mendapatkan rawatan, doctor telah memasang alat seperti branula di bahagian leher untuk memudakan ubat kemo dimasukkan. Hanya Allah yang tahu bagaimana jantung aku berdebar sewaktu doctor memasukan jaram tersebut kedalam saluran darah aku. Aku meletakkan sepenuh keyakinan kepada doctor untuk menjalankan tugas beliau.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Alat tersebut juga di sambungkan kepada sebuah mesin yang berfungsi untuk mengawal output normal saline dan ubat-ubatan yang masuk kedalam saluran darah aku. Cuba korang bayangkan, aku terpaksa menolak mesin tesebut kemana sahaja aku pergi sepanjang 21 hari aku di hospital. Sepanjang kemoterapi yang aku ambil, aku juga terpaksa mengambil beberapa jenis ubat antaranya, ubat anti virus,ubat anti fungal,ubat gastric dan ubat tahan muntah. Selain daripada itu, aku juga perlu mengunakan mandian dan ubat kumur yang disediakan untuk menyekat pertumbuhan kulat didalam mulut.


Kemoterapi Transplant


Hari 1 hingga 7

Hari pertama kemo, merupakan hari yang paling menakutkan dalam hidup aku. Ubat kemo yang diberikan menyebabkan tubuh aku mengigil dengan sendirinya selama 4 jam dan ruam merah mulai tumbuh. Kesakitan yang aku alami sukar untuk aku gambarkan. Pada waktu itu aku cuma berharap dan berdoa kepada Allah agar mengurangkan rasa kesakitan yang aku alami. Alhamdulillah Allah memberikan kekuatan kepada aku untuk melalui hari-hari yang seterusnya. Pada keesokkan harinya, aku diberikan ubat kemo yang agak ringgan sehingga hari ke 5. Bersyukur kehadrat Allah, sepanjang kemoterapi tersebut aku tidak mengalami kesan sampingan seperti demam dan sebagainya. Pada hari ke 6, aku diberikan satu lagi dose kemoterapi yang menyebabkan aku terpaksa berulang alik lebih daripada 10 kali untuk ke tandas. Sepanjang rawatan yang aku ambil, aku terpaksa merekodkan setiap jumlah makanan dan minuman yang aku ambil. Malahan output yang keluar daripada tubuh badan aku turut direkodkan. Ini bertujuan untuk mengelakkan lebihan air didalam badan yang boleh menganggu system pernafasan.


Transplant


Proses transplant bermula selepas 6 hari kemoterapi. Transplant bone marrow aku adalah pada 12 November 2009. Aku telah mengunakan sum-sum aku sendiri atau lebih dikenali sebagai Autolougse transplants. Sebelum menjalani pemindahan sum-sum doctor telah menunjukkan kepada mak bagaimana sumsum tersebut dicairkan mengunakan beberapa teknik. Aku tak sure teknik yang digunakan coz masa itu aku kat dalam bilik. Doctor juga ada bagitahu yang sum-sum tersebut mempunyai bau yang tersendiri dan hanya mereka yang mempunyai genetic yang sama akan dapat bau haruman tersebut. Mak kata bau sum-sum tulang aku seakan-akan bau strawberi patutlah aku minat pink..hehe.. Alhamdulillah aku berjaya menerima 6.6 juta sel sum-sum. Allah maha besar, sewaktu pemindahan sum-sum tu, aku dapat melihat sendiri dengan mata aku bentuk sel darah merah yang berbentuk dwi cembung. Tak dapat aku bayangkan dengan kata-kata betapa besarnya kejadian Allah dan betapa uniknya. Setiap beg sel yang masuk mengambil masa antara 20 hingga 30 minit. Setelah selesai proses transplant tibalah masanya aku mengalami kesan-kesan transplant yang menyebabkan tubuh aku jadi semakin lemah dari hari ke hari.


Kesan-kesan transplant


Setiap orang yang melakukan rawatan pemindahan sum-sum tulang akan mengalami pelbagai kesan selepas transplant. Bagi aku sendiri, aku juga tak terlepas. Aku mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya,

· Cirit –birit yang berlarutan selama beberapa hari

· Kembung perut

· Tidak lalu makan

· Ulser didalam mulut

· Keguguran rambut

· Keletihan

· Deman

· Darah putih,merah dan platlet menjadi rendah

· Dan kulit menjadi gelap

Setiap orang akan mengalami symptom yang berlainan, walaubagaimana pun, simptom –simptom yang aku alami merupakan kesan asas dan pada kebiasaanya setiap orang yang mengambil rawatan ini akan mengalaminya.


Balik rumah


Setelah 21 hari bergelut di hospital, akhirnya aku dibenarkan pulang ke rumah, sebelum balik aku menitiskan air mata, mengenangkan kesakitan sepanjang aku di dalam bilik no 14, hanya Allah yang tahu betapa peritnya perjalanan yang aku lalui. Aku lihat di sekeliling bilik, dalam hati aku berdoa, agar Allah memberikan kesembuhan kepada diri aku dan memberikan aku kekuatan untuk terus berjuang selagi hayat masih dikandung badan.


Terima kasih


Saya ingin mengucapkan terima ksasih kepada semua yang memberikan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada saya sepanjang saya di hospital terutamanya adik saya, ibubapa saya, seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu saya dan memberikan sokongan untuk saya meneruskan rawatan ini. Saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Dr Liew,Dr Ong,Dr Bahariah dan semua dr pakar Hematologi di wad 7D Hospital Ampang. Tidak lupa juga kepada stafnurse2 yang sentiasa memberikan bantuan dan perhatian kepada saya sepanjang saya di wad.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua.

Salam…