Sabtu, 31 Julai 2010

im back to school..

salam...

kepada semua kawan-kawan yang setia mengikuti perkembangan saya, bersyukur kehadrat Allah, dengan kasih sayang dan rahmatnya saya telah kembali menyambung pengajian saya. setelah berjaya mengharungi rawatan sebnyak 25 kali sesi radioterapi akhirnya saya dibenarkan untuk menyambung kembali pengajian yang telah tertanguh selama 2 tahun.saya amat bersyukur tak terhingga. sekarang keadaan saya undercontrol. belum pulih sepenuhnya tetapi dalam proses pemulihan. sesungguhnya, Allah menjanjikan sesuatu kegembiraan kepada umatnya yang sabar menghadapi dugaan. lately, saya buat pet scan utk melihat perkembangan sel kanser, samaada msh ada atau pun, sudah lenyap...saya harap kawan-kawan dapat doakan agar doktor mrnyampaikan khabar gembira untuk saya dan keluarga.

saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga, sahabat andai dan kepada dia yang sudi bersama saya ketika susah dan senang..sesungguhnya, Allah hanya menguji kita mengikut kemampuan diri kita...jangan sesekali mengeluh tetapi redha dan berusaha sedaya upaya. kerana setiap penyakit memang ada ubatnya kecuali kematian.....


salam ukhwah...

ikhlas,

adawiyah din

6 ulasan:

  1. sabarlah, Allah menjanjikan penawar untuk setiap penyakit yg diciptanya...Banyakkan bersabar dan sentiasa bersangka baik dengan Allah...Allah hanya menguji hamba2Nya untuk meletakkan mereka di tahap yg lebih tinggi dr sebelumnya jika mereka terus bertakwa...sentiasa berfikiran positif...makan makanan yang sihat untuk membantu tubuh melawan sel2 yg 'degil'...

    BalasPadam
  2. salam, umi sentiasa mendoakan along agar sembuh sepenuhnya dan dapat mencapai impian along. sentiasa berfikiran positif, bertindak positif dan hasilnya along akan sentiasa mendapat perkara2 yg positif saja. itu lah kunci kesihatan dan kejayaan dlm hidup. bila minda kita sihat, kehidupan pun akan sihat. umi harap along sentiasa kuatkan semangat dan umi doakan agar along berjaya dlm hidup seterusnya dapat membalas jasa mereka2 yg along sayangi..

    BalasPadam
  3. time kasaih umi..sayang umi!!doakan ye

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah....akk sentiasa mengikuti perkembangan melati....akk ada tulis dlm blog akk kisah Melati....sama2 kita jaga kesihatan ya dik...study rajin2..kuatkan semangat..

    BalasPadam
  5. time ksh kak ct..syg akak!!!

    BalasPadam