Isnin, 26 Disember 2011

Kita Insan terpilih...

Alahamdulillah..masih ada jugak yang sudi nak baca blog ni...semoga ianya akan terus memberi manfaat kepada kita semua...terima kasih pada kat ayu yang sudi menjengah melaman buka buku dan blog saya..ada yang bertanya mengenai kesan selepas transplan...sebenarnya, kesan akibat pemindahan sum-sum tulang ini berbeza daripada satu individu dengan individu yang lain bergantung kepada jenis kanser,jenis transplan dan tahap kesihatan individu. daripada pengalaman saya, setelah genap 2 tahun menjalani transplan, saya mengalami kesan-kesan seperti :

1~~~ kurang darah
2~~~ kulit kering
3~~~ kulit sensetif ( kalau kn ggt nyamuk pun, dh jd hitam2)
4~~~ lemah x bermaya ( kadang2 rasa letih sgt espcly kalau buat aktiviti lasak mcm berlari
5~~~ kitaran haid yang xsempurna n xteratur
6~~~ kalau batuk berlarutan
7~~~ muka nmpak pucat je..memang nmpk mcm orang sakit..

tu daripada segi fizikal, daripada segi emosi pula saya menghadapi beberapa masalah:

1~~~ self esteem (penghargaan kendiri) yang merosot..rasa rendah diri,malu nak berhadapan dengan orang ramai,rasa seba kekurangan
2~~~ emosi mudah terganggu,mudah marah dan sangat sensitif walaupun untuk perkara-perkara remeh
3~~~ rasa cemburu terhadap orang lain.

walau bagaimana pun, saya seringkali mengigatkan kepada diri saya bahawa setiap pemberian sama ada baik atau buruk daripada Allah merupakan satu ujian yang mempunyai pelbagai hikmah disebaliknya. sebagai seorang hamba kita hanya mampu untuk berdoa dan redha dengan setiap pemberianya kerana kita adalah insan terpilih....

Khamis, 15 Disember 2011

majlis konvoksyen UMS 26 nov 2011-29 Nov 2011





ni je pis yg blh dikongsi sempena majlis konvo..syukur sgt..xpenah tengok mak dengan ayah gembira macam hari konvo ini..ayah xhabis-habis nak ambil gamba...dapat 3 jambangan bunga....ni la hadiah untuk mak dengan ayah sempena bezday dorg untuk tahun 2011 ini...kebetulan bezday mak dengan ayah bulan 12...tahun depan nak bagi mak dengan ayah menantu pulak...insyallah...

hujung tahun 2011

assalamualaikum....

berzaman dh x update blog ni...kesibukan kuliah dan pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini membataskan pergerakan untuk update blog ni...bukan ye lupa..tapi xde masa..alhamdulillah,,akhirnya kita sampai juga ke hujung tahun 2011..lagi dua minggu tahun 2012 akan tiba..bermaksud bertambah tahun,bertambah lagi usia,bertambah lagi tanggungjawab. bersyukur dengan pemberian Allah,kesihatan sepanjang tahun ini,alhamdulillah....bersyukur jgk sebab azam tahun ini nak menamatkan pengajian dan konvo juga tercapai xlupa...akan memikul tanggungjawab sebagai pekerja akan bermula pada 3 januari 2012...bersyukur sgt dengan segala rezeki yang melimpah ini...tahun depan bermulanya edisi baru dalam kehidupaN,apa agaknya episod-episod cerita yang bakal dilakarkan...semoga Allah akan memberikan limpahan rezeki yg berganda...kebahagian dan kegembiraan kepada semua...semoga semua kenangan di tahun 2011 akan menjadi satu pengajaran dan pengalaman hidup yang akan lebih mematangkan dan mendewasakan kita...insyallah...