Isnin, 26 Disember 2011

Kita Insan terpilih...

Alahamdulillah..masih ada jugak yang sudi nak baca blog ni...semoga ianya akan terus memberi manfaat kepada kita semua...terima kasih pada kat ayu yang sudi menjengah melaman buka buku dan blog saya..ada yang bertanya mengenai kesan selepas transplan...sebenarnya, kesan akibat pemindahan sum-sum tulang ini berbeza daripada satu individu dengan individu yang lain bergantung kepada jenis kanser,jenis transplan dan tahap kesihatan individu. daripada pengalaman saya, setelah genap 2 tahun menjalani transplan, saya mengalami kesan-kesan seperti :

1~~~ kurang darah
2~~~ kulit kering
3~~~ kulit sensetif ( kalau kn ggt nyamuk pun, dh jd hitam2)
4~~~ lemah x bermaya ( kadang2 rasa letih sgt espcly kalau buat aktiviti lasak mcm berlari
5~~~ kitaran haid yang xsempurna n xteratur
6~~~ kalau batuk berlarutan
7~~~ muka nmpak pucat je..memang nmpk mcm orang sakit..

tu daripada segi fizikal, daripada segi emosi pula saya menghadapi beberapa masalah:

1~~~ self esteem (penghargaan kendiri) yang merosot..rasa rendah diri,malu nak berhadapan dengan orang ramai,rasa seba kekurangan
2~~~ emosi mudah terganggu,mudah marah dan sangat sensitif walaupun untuk perkara-perkara remeh
3~~~ rasa cemburu terhadap orang lain.

walau bagaimana pun, saya seringkali mengigatkan kepada diri saya bahawa setiap pemberian sama ada baik atau buruk daripada Allah merupakan satu ujian yang mempunyai pelbagai hikmah disebaliknya. sebagai seorang hamba kita hanya mampu untuk berdoa dan redha dengan setiap pemberianya kerana kita adalah insan terpilih....

2 ulasan:

  1. saya doakan awak sihat sentiasa:)...semoga allah s.w.t memberkati awak sentiasa.....insyaallah,,,,

    BalasPadam