Khamis, 7 Januari 2010


beg-beg sum-sum tulang yang telah selesai


Pemindahan sum-sum tulang 12 November 2009


Alhamdulillah selepas setahun 5 bulan aku menjalani rawatan,berulang alik daripada Kluang ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, akhirnya aku telah sampai ke rawatan akhir iaitu pemindahan sum-sum tulang atau lebih dikenali sebagai bone marrow transplant.

Seperti yang dirancangkan aku admit di Hospital Ampang pada 3 Disember 2009 di wad 7D yang merupakan wad khusus untuk pemindahan sum-sum tulang. Selepas stafnurse mengambil observation tinggi,berat badan dan tekanan darah aku diletakan di dalam bilik no14. Untuk pengetahuan semua di wad 7D ini terdapat 28 buah katil yang di khususkan untuk pesakit-pesakit yang menjalani pemindahan sumsum tulang. Pemindahan sumsum tulang ini di jalankan mengikut batch ini bermaksud terdapat 8 orang yang akan menjalankan pemindahan sum-sum tulang pada tarikh yang sama dengan aku.

Proses pemindahan sumsum tulang ini bermula dengan 6 hari berturut-turut kemoterapi. Untuk makluman, dose ubat yang diberikan adalah 10 kali ganda kuat daripada kemoterapi yang pernah aku ambil. Di sebabkan itu, suhu setiap bilik adalah sekitar 20 Celsius untuk mengelakkan aku merasa panas sewaktu ubat kemo tersebut dimasukkan. Aku juga tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada bilik tersebut sehingga rawatan selesai dan tidak dibenarkan menerima pelawat kecuali ayah,mak dan adik2. Di hospital aku ditemani oleh adik kedua aku yang kebetulan sedang bercuti semester. Kesian adik aku terpaksa menghabiskan cuti semesternya di dalam wad bersama-sama aku dan menguruskkan keperluan yang aku perlukan.

Sebelum mendapatkan rawatan, doctor telah memasang alat seperti branula di bahagian leher untuk memudakan ubat kemo dimasukkan. Hanya Allah yang tahu bagaimana jantung aku berdebar sewaktu doctor memasukan jaram tersebut kedalam saluran darah aku. Aku meletakkan sepenuh keyakinan kepada doctor untuk menjalankan tugas beliau.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Alat tersebut juga di sambungkan kepada sebuah mesin yang berfungsi untuk mengawal output normal saline dan ubat-ubatan yang masuk kedalam saluran darah aku. Cuba korang bayangkan, aku terpaksa menolak mesin tesebut kemana sahaja aku pergi sepanjang 21 hari aku di hospital. Sepanjang kemoterapi yang aku ambil, aku juga terpaksa mengambil beberapa jenis ubat antaranya, ubat anti virus,ubat anti fungal,ubat gastric dan ubat tahan muntah. Selain daripada itu, aku juga perlu mengunakan mandian dan ubat kumur yang disediakan untuk menyekat pertumbuhan kulat didalam mulut.


Kemoterapi Transplant


Hari 1 hingga 7

Hari pertama kemo, merupakan hari yang paling menakutkan dalam hidup aku. Ubat kemo yang diberikan menyebabkan tubuh aku mengigil dengan sendirinya selama 4 jam dan ruam merah mulai tumbuh. Kesakitan yang aku alami sukar untuk aku gambarkan. Pada waktu itu aku cuma berharap dan berdoa kepada Allah agar mengurangkan rasa kesakitan yang aku alami. Alhamdulillah Allah memberikan kekuatan kepada aku untuk melalui hari-hari yang seterusnya. Pada keesokkan harinya, aku diberikan ubat kemo yang agak ringgan sehingga hari ke 5. Bersyukur kehadrat Allah, sepanjang kemoterapi tersebut aku tidak mengalami kesan sampingan seperti demam dan sebagainya. Pada hari ke 6, aku diberikan satu lagi dose kemoterapi yang menyebabkan aku terpaksa berulang alik lebih daripada 10 kali untuk ke tandas. Sepanjang rawatan yang aku ambil, aku terpaksa merekodkan setiap jumlah makanan dan minuman yang aku ambil. Malahan output yang keluar daripada tubuh badan aku turut direkodkan. Ini bertujuan untuk mengelakkan lebihan air didalam badan yang boleh menganggu system pernafasan.


Transplant


Proses transplant bermula selepas 6 hari kemoterapi. Transplant bone marrow aku adalah pada 12 November 2009. Aku telah mengunakan sum-sum aku sendiri atau lebih dikenali sebagai Autolougse transplants. Sebelum menjalani pemindahan sum-sum doctor telah menunjukkan kepada mak bagaimana sumsum tersebut dicairkan mengunakan beberapa teknik. Aku tak sure teknik yang digunakan coz masa itu aku kat dalam bilik. Doctor juga ada bagitahu yang sum-sum tersebut mempunyai bau yang tersendiri dan hanya mereka yang mempunyai genetic yang sama akan dapat bau haruman tersebut. Mak kata bau sum-sum tulang aku seakan-akan bau strawberi patutlah aku minat pink..hehe.. Alhamdulillah aku berjaya menerima 6.6 juta sel sum-sum. Allah maha besar, sewaktu pemindahan sum-sum tu, aku dapat melihat sendiri dengan mata aku bentuk sel darah merah yang berbentuk dwi cembung. Tak dapat aku bayangkan dengan kata-kata betapa besarnya kejadian Allah dan betapa uniknya. Setiap beg sel yang masuk mengambil masa antara 20 hingga 30 minit. Setelah selesai proses transplant tibalah masanya aku mengalami kesan-kesan transplant yang menyebabkan tubuh aku jadi semakin lemah dari hari ke hari.


Kesan-kesan transplant


Setiap orang yang melakukan rawatan pemindahan sum-sum tulang akan mengalami pelbagai kesan selepas transplant. Bagi aku sendiri, aku juga tak terlepas. Aku mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya,

· Cirit –birit yang berlarutan selama beberapa hari

· Kembung perut

· Tidak lalu makan

· Ulser didalam mulut

· Keguguran rambut

· Keletihan

· Deman

· Darah putih,merah dan platlet menjadi rendah

· Dan kulit menjadi gelap

Setiap orang akan mengalami symptom yang berlainan, walaubagaimana pun, simptom –simptom yang aku alami merupakan kesan asas dan pada kebiasaanya setiap orang yang mengambil rawatan ini akan mengalaminya.


Balik rumah


Setelah 21 hari bergelut di hospital, akhirnya aku dibenarkan pulang ke rumah, sebelum balik aku menitiskan air mata, mengenangkan kesakitan sepanjang aku di dalam bilik no 14, hanya Allah yang tahu betapa peritnya perjalanan yang aku lalui. Aku lihat di sekeliling bilik, dalam hati aku berdoa, agar Allah memberikan kesembuhan kepada diri aku dan memberikan aku kekuatan untuk terus berjuang selagi hayat masih dikandung badan.


Terima kasih


Saya ingin mengucapkan terima ksasih kepada semua yang memberikan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada saya sepanjang saya di hospital terutamanya adik saya, ibubapa saya, seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu saya dan memberikan sokongan untuk saya meneruskan rawatan ini. Saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Dr Liew,Dr Ong,Dr Bahariah dan semua dr pakar Hematologi di wad 7D Hospital Ampang. Tidak lupa juga kepada stafnurse2 yang sentiasa memberikan bantuan dan perhatian kepada saya sepanjang saya di wad.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua.

Salam…

7 ulasan:

  1. dah lama ibu tunggu catatan dari Melati. semoga tabah dalam menghadapi dugaan Allah.

    BalasPadam
  2. slam,, nak tnye lukimai jnis apa,,??
    saya pun sama.. dah 2 kali kimo..
    isnin nie insyAllah masuk blik tok kimo ke 3..
    wad 7A..
    FB; Dee Di

    BalasPadam
  3. as`kum. kak nk tnya ckit transplant gna bone narrow sndiri mcm mna??

    BalasPadam
  4. terima kasih banyak atas catatan saudari.sangat bermanfaat bagi org2 yg tgh cari panduan macam saya.
    dah 3tahun berlalu.saya harap saudari dah sembuh sepenuhnya dan jalani kehidupan normal :)

    BalasPadam
  5. Saya pun akan menjalani proses yang sama, moga Allah mempermudahkan proses tersebut.

    BalasPadam
  6. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser . pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...sebenarnya herba banyak jenis dan gred gred..kami menguna kan kualiti gred gred yg tbaik ssuai dgn rsepi kluarga utk merawat kanser..insya allah
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

    Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi untuk berbincang...bgaimna nk brubt..apa plu anda lakukan..pemakanan n mcm2 lg...dan testimoni2 tbaik dri psakit2 sy

    BalasPadam
  7. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser . pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...sebenarnya herba banyak jenis dan gred gred..kami menguna kan kualiti gred gred yg tbaik ssuai dgn rsepi kluarga utk merawat kanser..insya allah
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

    Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi untuk berbincang...bgaimna nk brubt..apa plu anda lakukan..pemakanan n mcm2 lg...dan testimoni2 tbaik dri psakit2 sy

    BalasPadam