cantiknya pemandangan dari udara..
indah....
...
lama rasa ye x conteng-conteng kat blog ni...bukan apa, almaklum sekarang ni bz..exam,agsmt pon banyak..saya nak bagitahu bite gembira pada semua..alhamdulillah keputusan pet scan saya menunjukkan tanda2 positif..xde lagi sel kanser tu dalam badan saya...syukur sangat bile doc bagitahu berita gembira itu..happy sgt..xtahu nak ckp..terasa semua bebanan yang selama ini melanda hati seolah-olah pergi dibawa angin..alhamdulillah..ni semua berkat doa dr ,mak ayah, adik-beradik,saudara mara dan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan saya...terima ksih sangat2..sayang kamu semua..hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian..
bersyukur sangat, sebab banyak kegembiraan yang Allah bagi sepanjang tahun 2010 ni...lagi2 di bulan ramadhan yang penuh barakha..syukur sangat...hope kawan-kawan dapat terus doakan kesihatan saya pulih seperti biasa ye....time kasih
Pemindahan sum-sum tulang
Alhamdulillah selepas setahun 5 bulan aku menjalani rawatan,berulang alik daripada Kluang ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, akhirnya aku telah sampai ke rawatan akhir iaitu pemindahan sum-sum tulang atau lebih dikenali sebagai bone marrow transplant.
Seperti yang dirancangkan aku admit di Hospital Ampang pada 3 Disember 2009 di wad 7D yang merupakan wad khusus untuk pemindahan sum-sum tulang. Selepas stafnurse mengambil observation tinggi,berat badan dan tekanan darah aku diletakan di dalam bilik no14. Untuk pengetahuan semua di wad 7D ini terdapat 28 buah katil yang di khususkan untuk pesakit-pesakit yang menjalani pemindahan sumsum tulang. Pemindahan sumsum tulang ini di jalankan mengikut batch ini bermaksud terdapat 8 orang yang akan menjalankan pemindahan sum-sum tulang pada tarikh yang sama dengan aku.
Proses pemindahan sumsum tulang ini bermula dengan 6 hari berturut-turut kemoterapi. Untuk makluman, dose ubat yang diberikan adalah 10 kali ganda kuat daripada kemoterapi yang pernah aku ambil. Di sebabkan itu, suhu setiap bilik adalah sekitar 20 Celsius untuk mengelakkan aku merasa panas sewaktu ubat kemo tersebut dimasukkan. Aku juga tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada bilik tersebut sehingga rawatan selesai dan tidak dibenarkan menerima pelawat kecuali ayah,mak dan adik2. Di hospital aku ditemani oleh adik kedua aku yang kebetulan sedang bercuti semester. Kesian adik aku terpaksa menghabiskan cuti semesternya di dalam wad bersama-sama aku dan menguruskkan keperluan yang aku perlukan.
Sebelum mendapatkan rawatan, doctor telah memasang alat seperti branula di bahagian leher untuk memudakan ubat kemo dimasukkan. Hanya Allah yang tahu bagaimana jantung aku berdebar sewaktu doctor memasukan jaram tersebut kedalam saluran darah aku. Aku meletakkan sepenuh keyakinan kepada doctor untuk menjalankan tugas beliau.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Alat tersebut juga di sambungkan kepada sebuah mesin yang berfungsi untuk mengawal output normal saline dan ubat-ubatan yang masuk kedalam saluran darah aku.
Kemoterapi Transplant
Hari 1 hingga 7
Hari pertama kemo, merupakan hari yang paling menakutkan dalam hidup aku. Ubat kemo yang diberikan menyebabkan tubuh aku mengigil dengan sendirinya selama 4 jam dan ruam merah mulai tumbuh. Kesakitan yang aku alami sukar untuk aku gambarkan. Pada waktu itu aku cuma berharap dan berdoa kepada Allah agar mengurangkan rasa kesakitan yang aku alami. Alhamdulillah Allah memberikan kekuatan kepada aku untuk melalui hari-hari yang seterusnya. Pada keesokkan harinya, aku diberikan ubat kemo yang agak ringgan sehingga hari ke 5. Bersyukur kehadrat Allah, sepanjang kemoterapi tersebut aku tidak mengalami kesan sampingan seperti demam dan sebagainya. Pada hari ke 6, aku diberikan satu lagi dose kemoterapi yang menyebabkan aku terpaksa berulang alik lebih daripada 10 kali untuk ke tandas. Sepanjang rawatan yang aku ambil, aku terpaksa merekodkan setiap jumlah makanan dan minuman yang aku ambil. Malahan output yang keluar daripada tubuh badan aku turut direkodkan. Ini bertujuan untuk mengelakkan lebihan air didalam badan yang boleh menganggu system pernafasan.
Transplant
Proses transplant bermula selepas 6 hari kemoterapi. Transplant bone marrow aku adalah pada
Kesan-kesan transplant
Setiap orang yang melakukan rawatan pemindahan sum-sum tulang akan mengalami pelbagai kesan selepas transplant. Bagi aku sendiri, aku juga tak terlepas. Aku mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya,
· Cirit –birit yang berlarutan selama beberapa hari
· Kembung perut
· Tidak lalu makan
· Ulser didalam mulut
· Keguguran rambut
· Keletihan
· Deman
· Darah putih,merah dan platlet menjadi rendah
· Dan kulit menjadi gelap
Setiap orang akan mengalami symptom yang berlainan, walaubagaimana pun, simptom –simptom yang aku alami merupakan kesan asas dan pada kebiasaanya setiap orang yang mengambil rawatan ini akan mengalaminya.
Balik rumah
Setelah 21 hari bergelut di hospital, akhirnya aku dibenarkan pulang ke rumah, sebelum balik aku menitiskan air mata, mengenangkan kesakitan sepanjang aku di dalam bilik no 14, hanya Allah yang tahu betapa peritnya perjalanan yang aku lalui. Aku lihat di sekeliling bilik, dalam hati aku berdoa, agar Allah memberikan kesembuhan kepada diri aku dan memberikan aku kekuatan untuk terus berjuang selagi hayat masih dikandung badan.
Terima kasih
Saya ingin mengucapkan terima ksasih kepada semua yang memberikan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada saya sepanjang saya di hospital terutamanya adik saya, ibubapa saya, seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu saya dan memberikan sokongan untuk saya meneruskan rawatan ini. Saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Dr Liew,Dr Ong,Dr Bahariah dan semua dr pakar Hematologi di wad 7D Hospital Ampang. Tidak lupa juga kepada stafnurse2 yang sentiasa memberikan bantuan dan perhatian kepada saya sepanjang saya di wad.
Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua.
Salam…