Rabu, 21 Oktober 2009

3 November 2009

Perkara yang aku tunggu2 kan tiba tak lama lagi iaitu rawatan terakhir yang bakal menentukan masa depan dan kehidupan aku..bersandarkan kepada tawakal kepada Allah..aku mengambil segala risiko untuk berdepan dengan transplan.insyAllah rawatan transplan aku akan bermula pada 3 november 2009 di wad 7D hospital ampang.

pagi tadi aku pergi ke HSA seperti biasa untuk follow up. dan doc telah membuatkan satu temujanji untuk ct scan before aku transplan.insyAllah 28 ni aku scan.berdebar jugak dada ni..lepas hampir 5 bulan x scan tak tahu macamana keadaan kanser aku tu..hope dah xde la lagi..

tadi ada juga bebual dengan rakan2 yang telah melalui transplan.Alhamdulillah dia pun dah sihat macam biasa, aku bersemangat untuk melalui transplan.coz aku tak nak menghampakan harapan mak n ayah untuk tengok aku sihat seperti biasa.

ak mengharapakan kepada kawan2 yang singgah ke blog ak ni mendoakan ak supaya ak kuat untuk melalui dugaan terbesar daripada Allah ini..ak juga nak mihon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang ak menulis blog ini..

semoga kita berjumpa lagi..insyAllah....

salam

6 ulasan:

  1. Alhamdulilah..muncul jgk hamba Allah ni. Akak suka mengikuti perkembangan blog along. Kuatkan semangat, akak sentiasa menunggu along menulis di blog ini. Kalau di izinkan Allah, kita sama2 sihat akak nak berjumpa dengan along dan family.

    Akak meletakkan along macam anak2 akak yang sama2 menjalani pengajian. Kalaulah anak akak berada di tempat along sure akak sebagai ibu turut bersedih tapi sebagai orang sekeliling akak mesti bagi semangat untuk along meneruskan pengajian, semoga sihat spt biasa dan menjalani kehidupan seperti sediakala.

    Oooooo..28hb ni wat ct scan ya. Tak suka akak buat ct scan, ermmm...memualkan, pastu sure muntah. Akak follow up pada 4 November, rasanay along dah kat Ampang. xpe dik, ikut je apa yang doc suggestkan. Apa yang dia buat sbnrnya terbaik utk kita.

    Jaga diri bbaik, ingat Allah slalu, rajin2 makan ubat dan jangan lupa kak ct. Kuatkan semangat!

    Akak tunggu blog along. Akak nak tgk along sihat!

    BalasPadam
  2. semoga awak cepat sihat..saya doakan awak..awak insan kuat..InsyaAllah..

    BalasPadam
  3. moga along kuatkn semangat...ummi doakan along sihat dan bahagia....cuba along fokus dalam minda kehidupan along sebagai seorg yg sihat, ceria dan sebagai seorg anak yg berjaya. menjadi kebanggaan kedua orgtua...cuba along selalu bayangkn apa yg along nak buat selepas doktor sahkan along sihat....insyallah...apa yg along inginkan pasti akan jadi kenyataan berserta keyakinan yg kuat pd Allah...moga along berjaya harungi semua dugaan ini....jumpa lagi....

    BalasPadam
  4. salam..
    saye pengunjung baru di sini :)

    kemo 17 kali, saye paham sakitnye macam mane..
    saye tau sbb kakak saye pernah buat kemo jugak, tapi kurang 10 kali..
    tu dugaan terbesar buat kami sekeluarga waktu tu, tapi alhamdulillah, kami sume diberi kekuatan untuk hadapi bende tu :)
    smoga awak terus tabah, sbb tuhan sedang menguji kesabaran awak :)

    BalasPadam
  5. kuat semangat, tawakkal dan serah segala-galanya pada yang esa.

    BalasPadam
  6. moga melati semakin sihat dan tabah mghadapi dugaan...

    BalasPadam