Rabu, 21 Oktober 2009
3 November 2009
pagi tadi aku pergi ke HSA seperti biasa untuk follow up. dan doc telah membuatkan satu temujanji untuk ct scan before aku transplan.insyAllah 28 ni aku scan.berdebar jugak dada ni..lepas hampir 5 bulan x scan tak tahu macamana keadaan kanser aku tu..hope dah xde la lagi..
tadi ada juga bebual dengan rakan2 yang telah melalui transplan.Alhamdulillah dia pun dah sihat macam biasa, aku bersemangat untuk melalui transplan.coz aku tak nak menghampakan harapan mak n ayah untuk tengok aku sihat seperti biasa.
ak mengharapakan kepada kawan2 yang singgah ke blog ak ni mendoakan ak supaya ak kuat untuk melalui dugaan terbesar daripada Allah ini..ak juga nak mihon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang ak menulis blog ini..
semoga kita berjumpa lagi..insyAllah....
salam
Rabu, 7 Oktober 2009
7 Oktober 2009
lama sangat dah rasanya tak tulis pape kat blog ni..bukan pe kekangan masa dengan rawatan kat hospital meneyabab ak tak sempat nak online..alhamdulillah dengan berkat doa daripada kawan-kawan ak akhir nya dapat menghabiskan rawatan kemoterapi sebanyak 17 kali bermula dengan kemoterapi abdv, kemudian dhap,vp 16 dan seterusnya ice.ak bersyukur sangat2 pada Allah memberikan kemudahan kepada rawatan yang ak lalui..
last hari tu ak de cite pasal nak wat transplan..proses transplan ni ada tiga peringkat..yang pertama ak kena wat kemo yang palinh kuat.ubat yang doc bagi pada ak ni mmg kaw2..bayangkan masa masukan ubat tu ak tak boleh bernafas selama lebih kurang 2-4 minit..alhamdulillah Allah masih nak panjangkan lagi nyawa ak...bersyukur sangat.lepas 10 hari ak kemo..mula la proses transplan yg ke2 iaitu collection. proses collection ini mengambil masa 4 jam..dalam tempoh masa ni ak tak boleh bergerak langsung..kena baring kat atas katil dalam bilik yang suhunya 20 darjah celcius..Allah je yang tahu keadaan tu..punya lah sejuk sampai 3 lapis selimut ak gunakan.proses collection ni sama lah juga dengan hemodialisis..yang bezanya..dalam collection ni...mesin tu collect sel stem dengan plasma..tujuannya untuk biakkan sel stem tu utk proses transplan yg terakhir..
sepanjang tempoh kat hospital tu..memang banyak kejutan yang ak dapat..tambahan lagi doktor kata penyakit ak bukan lagi pada tahap 2..tapi tahap 4..korang dapat bayangkan tak macamana perasaan ak bila doktor kata sel kanser ak ni sangat aktif..rawatan kemoterapi yang ak ambil sebelum ni tak berkesan...masyAllah...hari tu ak nangis..bile kenangan apa lah kesudahan kehidupan ak ni..ak bagitahu doc ak serahkan semuanya pada Allah...n doc usaha la wat apa yang doc mampu..ak akan follow semua rawatan yang terbaik..doc cadangkan ak buat kemo ice sebanyak 2 kali lagi sebelum transplan..alhamdulillah..pas kemo tu semua kelenjar@ sel kanser yang tumbuh kat leher ak dah hilang...mintak2 tak lah dia tumbuh lagi..
sekarang ni ak tengah tunggu call daripada hospital ampang untuk buat transplan..mungkin akhir bulan ini atau awal bulan 11..ak harap korang dapat doakan kejayaan transplan ni ye..ak nak jadi normal seperti biasa..
ak nak ucapkan terima kasih pada kawan2 yang sudi datang umah ak masa raya hari tu..time kasih coz tak putus2 bagi support kat ak...i love u'll
Selasa, 7 Julai 2009
29 julai 2009....
Ak bersyukur kepada Allah sebab permudahkan laluan untuk ak..korang imagine ak tak payah menunggu lama untuk buat pemindahan sum-sum ni...sedangkan kat malaysia ni tah berapa puluh ribu orang sedang dalam list menunggu..thank you Allah....thank you sebab permudahkan dan meringankan bebanan yang ak tanggung..
Dalam tempoh ak menghilang ni..ak sebenarnya tengah cari kehidupan ak..kumpulkan tenaga untuk menghadapi 1 ujian yg agak berat ni....ak bersyukur sangat coz ak dikelilingi oleh family yang sangat2 memahami ak...alhamdulillah...kawan2 yang sayang kat ak...tq sangat2 atas support yang korang berikan di saat2 ak betul2 buntu..mengenagkan kehidupan ak...n pada "dia" yang tak jemu layan kerenah ak..ak ni time2 sakit mula la..manja tahap dewa2...jangan orang buat slack cikit..mula nak melenting..sensitif..nangis tanpa reason yang kukuh...ak benci betul pada keadaan ini..kesian my.....kn layan perangai ak...huhuhu...
29 julai ni ak kn lapor diri kat Hospital Ampang(amboi..mcm recruit la plak...huhuhu..)...10 ogos collection yg akan mengambil masa 4 jam kat dalam bilik sejuk....benda ni ak dah tanya kwn2 senasib dengan ak....wish me luck ye..doakan kejayaan benda ni...ak nak sihat n kembali normal...doa kan ak ye kawan2....ak nak smbung pengajian ak yang dah terkandas....huhuhu....
thats all.....
Selasa, 9 Jun 2009
kasih mu...seindah bunga melati

Khamis, 4 Jun 2009
Dugaan...
Isnin, 1 Jun 2009
Indahnya kasih mu....

hari ni 1 june 2009....
Ahad, 31 Mei 2009
Selamat ulang tahun.....





Hari bahagia???



akhirye........
Khamis, 28 Mei 2009
opps!!!!cinta datang lagi??

Isnin, 25 Mei 2009
dia adalah seorang.....

Izinkan ku bahagia...

Ahad, 24 Mei 2009
Cinta?????????



Khamis, 21 Mei 2009
harapan untuk hidup..
UPM temui kaedah kesan kanser peringkat awal
Oleh Nor Azma Laila
norazma@bharian.com.my
IQBAL gunakan pengimejan nuklear dikenali Pengkolimat Jaringan Wayar bagi kesan kanser di UPM, semalam. |
Penemuan pertama di dunia guna pengimejan nuklear
KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) menemui kaedah yang pertama di dunia bagi mengesan sel kanser peringkat awal menggunakan pengimejan nuklear yang dikenali Pengkolimat Jaringan Wayar.
Ia dipasang pada perkakasan pengimejan nuklear yang dikenali sebagai mesin Spect bagi meningkatkan sensitiviti mesin berkenaan mengesan sel kanser lebih awal dan dalam saiz yang lebih kecil iaitu satu milimeter (ml).
Pensyarah dan Ketua Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Sistem Terbenam dan Kecerdikan Buatan Fakulti Kejuruteraan UPM, Dr M Iqbal Saripan, berkata penambah baik dicapai dengan mengubah satu struktur dalam perkakasan pengimejan nuklear yang dinamakan pengkolimat.
"Mesin Spect ada dua komponen utama iaitu pengesan dan pengkolimat. Pengkolimat diubah suai supaya ia boleh meningkatkan sensitiviti mesin untuk mengesan aktiviti sel luar biasa lebih awal dan dalam saiz yang lebih kecil..
"Pengkolimat ini dicipta dalam bentuk jaringan wayar, sekali gus membolehkan lebih banyak sel dikesan berbanding pengkolimat sedia ada yang berbentuk blok segi empat sama dan tidak membuka banyak ruang kepada mesin Spect untuk kesan sel kanser," katanya pada sidang media mengenai hasil kajian itu, di sini semalam.
Beliau berkata, berbanding pengkolimat sedia ada yang hanya boleh mengesan sel kanser sebesar 10ml, pengkolimat baru mempunyai banyak kelebihan dan tidak memberi kesan radiasi kepada pesakit.
Komponen baru yang didatangkan dalam dua saiz itu lebih ringan iaitu masing-masing 39.5 dan 51.2 kilogram (kg) berbanding pengkolimat sedia ada seberat 100 kg, sekali gus mudah dikendalikan.
Walaupun boleh meningkatkan sensitiviti kepada mesin pengimbas untuk kesan sel kanser pada saiz yang lebih kecil, ia tidak memberikan kesan sampingan kepada pesakit kerana prosedur yang dilalui sama seperti prosedur ketika menggunakan pengkolimat sedia ada.
"Hospital yang ingin menggunakan pengkolimat ini juga tidak perlu membeli mesin Spect baru yang bernilai jutaan ringgit, sebaliknya hanya perlu tukar pengkolimat," katanya.
Iqbal yang sudah menjalankan kajian sejak tujuh lalu, berkata UPM sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar mesin Spect dari China dan United Kingdom yang berminat dengan pengkolimat itu untuk diguna pakai pada produk mereka.
"Komponen berkenaan belum diuji secara klinikal, sebaliknya diuji ke atas sel kanser kerana masih menunggu pengkolimat dipatenkan di luar negara," katanya.
Pengkolimat yang difailkan untuk dipatenkan di negara ini pada Julai 2008 memenangi beberapa anugerah, antaranya Pingat Emas dan Ucapan Khas Tahniah Juri Geneva 2008 serta Anugerah Pengerusi dan Emas Agensi Nuklear Malaysia sempena Ekspo Teknologi Malaysia.
yum2...cedap ye..
Selasa, 19 Mei 2009
Ct Scan penentu....
salam semua...
Isnin, 18 Mei 2009
sape nak diet?????
Tahukah anda....?, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa..... ......... ......... ......... .
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepatah...
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya. ......
WallahuA'lam
Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.
penilaian menengah rendah& sijil peperiksaan Malaysia


korang masih ingat tak sebelom kita exam..kita aka mengadap kiblat dan berdoa...ak rindu saat2 tu..isk...kite berjuang atas kertas peperiksaan dgn keberkatan daripada Allah..
gunong dato'





kali ni ak nak cte pasal trip dak2 f5 batch 99-03 g gunong dato'..ak dh xingat tarikh ye..p best gak g sn..program ni dibawah kelolaan ustazah sarmi ponijan...pas g gunong dato' kitorg g pusat sains negara..masa daki gunong dato' mcm la kenangan yg ktorg dapat..ak percaya setiap orang de pengalaman tersendri..ble kenang2..nak ketawa sendiri la plak..
SMKAS yg tercinta...




aktiviti kat rumah....



Ahad, 17 Mei 2009
Nak cte lagi pasal sabah...



Disebabkan ada permintaan yg nak ak cte pasal sabah so, ak nak cte pasal zoo lokawi..zoo lokawi ni terletak kat satu tempat yg di kenali sebagai lokawi...hehehehe...xberapa jauh daripada bandar kota kinabalu..zoo ni di wujudkan untuk senang la org sabah nak tengok haiwan2 yg de dan bertujuan untuk pendidikan(padahal kat sabah mmg byk haiwan) hahhaaa...ak tak ingat de berapa specis haiwan kat sini tapi banyak lah juga...lembu pon termasuk dalam senarai...
Ahad, 12 April 2009
Sabah negeri di bawah bayu...
ak ni kan pelajar UMS..jd ak nak la cte sikit pasal negeri sabah ni..pasal ums malas nak cte..tp best jugak belajar kan UMS ni..yela..universiti tercantik di asia tenggara..ok..negeri sabah ni mcm yg korg sedia th kn..terletak di kawasan borneo..kawan ak ckp(di dak geologi) negeri sabah ni merupakan 1 benua yg baru...xmacm tanah semenanjung..bentuk muka bumi dia pon..mak ai..bergunung ganang..kalau drive tu..perlukan kemahiran yg tinggi..org kat sabah ni..loghat bhsa dia mmg lain lah..kalau ckp mesti de...bah...kat belakang dia..cth nye: bole ba kalau ko...tu cth la..negeri sabah ni smua sekali de 38 etnik termasuk kadazan dusun..
- of course gunung kinabalu(tp ak xdaki lagi)
- memorial war kat kundasang
- zoo lokawi
- karambrunai
- poring
- ums(hehehhee..promote)
- air terjun monyok
- labuan
- 3 pulau (manukan,ular, lg1 tu ak lupe..)
Hikmah disebalik kesakitan..
Khamis, 2 April 2009
kanser dan simptom-simptom awal
- keletihan (kOrang akan rasa letih sangat hinggakan nak naik tangga pOn xlarat)
- susut berat badan secara mendadak
- tidak bOleh tidO mlm (mata ngantuk tp still xbOle tidO)
- gatal-gatal kulit seluruh badan (lama-lama gatal2 tu jd tOmpOk2 hitam)
- berpelOh pada waktu malam
- kulit menjadi kering
- mengalami kemurungan (sensitif)
- batuk-batuk berlarutan lebih dr 2 minggu
- tumbuh kelenjar di tubuh (cth: kat leher,ketiak,peha)
perjuangan ku belOm selesai(part4)
dOc sah kan ak menghidap kanser LymphOma HOdgkin pada stage 2..kelenjar yg selama ni tumbuh kat leher dan paru2 ak rupanya kanser...masyAllah..jantung ak sekali lagi mcm kena sentap...mm berhenti sekejap...ya Allah..ujian ni sngat berat..p ak redha..ak tahan air mata ak masa tu..ak tengOk air mata dh bergenang kat mata mak dan ayah ak..Of cOurse dOrg sedih sngat..yela..ak mmg susah nak sakit selama ni..tb2 dOc ckp ak menghidap kanser..ad juga cikit rasa terkilan kat hati ak..sepatutnya ak blk sabah utk attend final exam..p apakan daya...dOc mazlina arrange kan appOiment ak dgn dOc pakar hematOlogi..utk rawatan seterusnya..
perjuangan ku belum selesai(part3)

26 september...bermulanya..kisah idOp ak yg sgt memeritkan.turun je dr flight ayh ak amik ms tu kat air pOrt..trus je g jumpa pakar kat Hospital Sultanah Aminah jb..cOz ak mmg de appOiment..ms tu ak explain la dgn dOc tu..ak de kelenjar kat leher ak..dOc tu mcmpelik tgk ak..dia trus check kelenjar ak..ak tgk dia muka dia kerut2 tgk ak..dia suruh ak baring kat katil..setiap tempat dia check..dah tu..dia bg ak appoiment dgn ketua dOc pakar..pastu dOrg discuz sesama dia..dia igat ak xfhm..bekali2 ak tanya dgn dOc tu.."..npe dgn saya dOctor.."dOrg diam je..dh tu..dOc tu nak jumpa ayah ak..dOc ckp de sstu yg xkena dgn ak..dh de banyak kelenjar kat bhgn leher ak..kalau nak nyawa ak selamat..ak kn wat rawatan susulan...peh..berderau jantung ak masa dOc ckp mcm tu..ak menangis..mcm tu gak dgn ayah..sedih sgt..pastu..dOc tu wat appOiment dgn dOc E.N.T..nm dOc tu Dr.Mazlina n pembantu dia stafnurse lily.dOc ckp 15 Oktober pas raya..dia nak buat pembedahan kecik pada ak..tkot gak ak..yela..pembedahan..masa raya..umah ak xmeriah langsung..mak ak wat langsir,langsir xjd..yg paling pelik..mak ak jait bj ak..jd pendek..