"kanser dan kehidupan ku"
kehidupan di dunia..hanyalah sementara..
Selasa, 3 Disember 2013
Disember 2013....
Assalamualaikum.....
Alhamdulillah..syukur sgt msh lg bernafas,dpinjamkan usia..
diam x diam dh hmpir 6 bulan berulang alik dr hosptal ampang ke kluang,dlm tempoh tu jgk ak 5 bulan x mampu berjalan dan hampir sebulan alhamdulillah ak berusaha sedaya upaya jalan mengunakn tongkat..syukur sgt dpt jln.walaupun goyang2,at least dpt jgk mengerakkan tubuh yg semakin mengemok..dpt g tandas sendiri...syukur sgt...dpt nikmat ni kembali..
Dlm tempoh rawatan ni,mcm2 kimo yg doc bg,
1.3x cyclo
2.2x mtx
3.3x gimcitabin (ejaan mmg xbtl,ikot blh eja..hihi)
4.xth nm ubt kimo mkn yg skrg ni..
Kesan kimo pon xsm sgt mcm dl,yg sm,pening2,sakit2 bdn,muntah..rmbut pon xgugur sgt..
Kputsan petscan mnunjukkan sel knser ni mmg nakal,dia mengecil tp pd ms yg sm..ad jgk jln2 kt tempt ln.p bdasarkn pd dr.ong,insyallah msh blh drawat..syukur...
10 jan 2014 nnt bermula lah perjuangan utk 2nd transplant..gn darah mak...
mak.....
terima kasih sbb sanggup dermakan darah mak utk along..
Along ni anak mak yg nakal,degil....
Along kdg2 xth nk ucap terima kasih....
Mak sanggup buat apa shja utk anak mak yg degil,yg suka mrh2 ni,
Mak tahan semuanya....
Along mtk maaf mak,kdg2 along takot...
tanpa mak..siapalah along
Mak dan ayah lah tempat along menumpang kasih..
Sempena ulang tahun mak pada 1 d1sember,
Xde apa yg along mampu bg...
Selain ucapan terima kasih.....
along syg mak dunia akhirat..
Kasih ibu hingga ke syurga...
Maafkn along blum dpt membahagiakn mak n ayah...
Selasa, 16 Julai 2013
2013...segalanya bermula kembali
Alhamdulillah..tiba bulan ramadhan 2013..post pertama dthn ini..huhu..lm xmgupdate blog sbb kekangan kerja yg tsgt la bz ye...huhuhu..bnyak perkara suka duka thn ni..alhamdulillah lps exam pgawai psikologi sth yg lps akhirnya ak bergelar pegawai psikologi di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Putrajaya..p yg xbest ye hari melapor diri aku colleps disebabkn kanser lymphoma telah menyepit saraf kaki...huhu..Allah maha adil..dia bg khabaran gembira.then Dia bg rehat utk seketika sebelum aku memulakan tugas hakiki aku..buat masa ini aku continue rawatan di 2nd home Hospital Ampang tercinta.bertemulah semula my best friend doc2 pakar yg dl pernah merawat patient dia yg degil ini...Alhamdulillah msh ad rawatan lg..setelah beberapa kali kemo kaki dh boleh bergerak semula..dh 2 bulan xjln..xth mcmn nk start semula bertatih mcm baby...semoga semuanya ok..
Tahun ini jgk 1 jun 2013,mak ngan ayah dh terima menantu..saat km mnanti hari bhgia adik aku nk naik pelamin,disaat itu juga Allah uji km dgn kesakitan aku...tapi hari bahagia nurul n' hafiz ttp meriah dgn bntuan dan sokongan daripada semua ahli keluarga,pklang,maklang,pakjang,makjang n semua yg bertungkuslumus kat umah...lapang hati ayh n mak tgk mjlis nurul meriah sgt..waksupn sederhana...syukur sgt..terima kasih tuhan..
Keadaan ini betul2 menguji km sekeluarga..mengeratkn lg hubungsn km...Allah hanya menguji hambanya yg mampu..mengigatkn kita ttg kesilapn yg lepas...terima kasih Allah sbb syg pd kami..smg Allh sentiasa bg km ujian utk sentiasa ingat pd nya...Alhamdulillah...
Selasa, 14 Ogos 2012
Ramadhan berlalu...Syawal menjelang~~
Lama ye xconteng2 kat blog ni...
Untuk pengetahuan semua, sekarang aku bertugas sebagai Coordinator utk remaja OKU kat untuk Malaysia Council Cheshire Home and sevices.Alhamdulillah dah masuk bulan kedua dan bermakna dh 2 bulan aku meninggalkan Nestle.Tapi pengalaman kat Nestle banyak mengajar aku tentang apa itu KERJA. Kerja baru aku ni memerlukan komitmen yang tinggi. Tapi rezeki Allah nak bagi aku berpeluang kembali ke negeri dibawah bayu dan bonus dapat ke sarawak..Walaupun atas komitmen kerja..tapi dapat juga aku melepaskan rindu pada UMS..
Sekarang opis aku kat Selayang tumpang kat Selangor Cheshire Home. Seronok bile dapat duduk dengar golongan OKU yang pelbagai kekurangan ini.Sekurang-kurangnya aku dapat menimba pengalaman dalam pengurusan OKU.Kalau sebelum ini aku cuma berpeluang duduk dgn kanak-kanak yang mempunyai masalah Autism, SD,Hyperactive dll, sekarang aku berpeluang untuk mengenali OKU yang melibatkan kekurangan fizikal. Di home ini penuh dengan kasih sayang sentiasa tersenyum...
Syukur sgt pada Allah bila aku LULUS dalam ujian PEGAWAI PSIKOLOGI SPA yang diadakan pada 14/7/2012..tinggal tggu untuk ujian ke dua yang belum tahu bila. Minta-minta aku akan lulus jugak dalam ujian yang ke dua tu nanti...doakan ye...
Alhamdulillah..syukur pada Allah...hampir sebulan kita umat Islam berpuasa..xlama lagi syawal akan menjelang....yeyeyeye!!
Khamis, 14 Jun 2012
Sabar itu indah....
alhamdulilah....
Lama betul x mengupdate blog ni..sibuk dengan kehidupan seharian..menguruskan aturcara hidup yang kadang-kadang sedih,kadang-kadang gembira,kadang-kadang susah,kadang-kadang sangat senang. tapi alhamdulillah masih dapat menghirup oksigen yang meliputi ruang udara ciptaan Allah ini...
Diam x diam kita dah memasuki pertengahan tahun 2012..kejap je..pejam celik,pejam celik umur semakin bertambah,muka semakin berkedut (plg sensitif)hahhaha....setengah tahun yang lepas sibuk mengikuti kursus anjuran KHAZANAH MALAYSIA @ Gems..kepada adik2 lepasan ijazah yang masih menganggur..join lah kursus ini,insyallah korang akan akan dapat meninmba pelbagai ilmu pengetahuan yang amat berguna didalam dunia pekerjaan nanti..lepas kursus tercampak pulak ke bumi Kuala Lumpur ~~ MUtiara Damansara di NEstle (M) Berhad..bertugas sebagai Consumer Service...tah apa fungsi jawatan ini pon ak xbape faham.di luar bidang pengetahuan...g keje kosong,balik keje pon kosong p extra dgn penat..tapi adalh pengalaman yang dapat aku kutip..semoga menjadi ilmu yang berguna..
Alhamdulillah 3 Julai 2012 ak akan melaporkan diri di Rumah Amal Cheshire kat Selayang. alhamdulillah apa yang ak hajatkan selama ini hampir menjadi kenyataan. bekerja dengan kanak-kanak dan orang kurang upaya.. i like...kena travel g Sabah, satu lagi daya penarik job yang bakal aku pikul tanggungjawabnya....semoga ALlah mempermudahkan tugasan ak dah melimpahkan rezeki pada aku.
sebulan yang lepas,ak dh menguatkan semula semangat ak untuk membuat follow up semula, mmg kena smash ngan doktor lim..." you mengembara seluruh dunia?sekarang baru balik ke???" semua orang gelak..kekangan duduk kat sabah dulu buat ak ssh nak g check up..doc arrangekan PETSCAN untuk tgk status kesihatan ak sekarang lepas setahun setengah ak dh menghilang..hehhhehe...keputusan scan akan kuar minggu depan mtk2 semuanya dalam keadaan baik..amin...
Lagi satu perkara yang menarik, aku dah mendaftar untuk menjadi volunteer HOSpital Ampang. untuk kawan2...jom kita menyumbangkan tenaga dan berkongsi pengalaman dngan mereka yang senasib dengan kita..semoga semuakan akan menjadi pahala yang bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak.
Ni jela coretan aku untuk kali ini,,semaga sedikit sebanyak akan menjadi ilmu yang berguna kepada kita semua..amin
Terima Kaih untuk
mak & ayah serta adik2,
mak dak & pakdak sekeluarga
kawan2 saya
Ahmad NAwawi Amir dan Cik Asmiedar
sebab banyak bantu saya.....
i love u'll
Sabtu, 14 Januari 2012
ibubapa dan anak-anak OKU
salam...
Selama 2 minggu aku mengalas tugas untuk mendidik kanak-kanak kurang upaya ini, aku dapat mempelajari beberapa perkara baru didalam hidup. Betapa bimbangnya ibubapa apabila anak-anak yang mereka harapkan selama ini lahir dengan kekurangan yang sememangnya telah ditakdirkan untuk mereka. betul la berdasarkan teori Cunningham (1979) yang menyatakan bahawa ibubapa yang mempunyai anak-anak kelainan upaya ini akan mengalami 5 fasa sebelum mereka benar-benar dapat menerima kehadiran anak tersebut iaitu terkejut,menafikan, berorientasi,beradaptasi dan akhirnya menerima keyataan. walaubagaimana pun, bukannya mudah bagi seseorang menerima takdir ini. ada ibubapa yang masih tak dapat terima keyataan yang anak mereka mengalami Autism walaupun doktor telah mengesahkan keadaan tersebut. hasilnya, ibubapa memberikan tekanan kepada anak dan menjadikan keadaan anak menjadi lebih buruk.
Salah siapa??? masyarakat umum sememangnya akan menyalahkan ibubapa. biasalah mulut orang..bnyak lah kenyataan macam, "tu la ko xpandai jaga anak","dulu ko jahat sebab tu la dapat anak cacat" mamberikan lagi tekanan kepada ibubapa. bagi pendapat aku,dalam keadaan mcm ini, kita xboleh menyalahkan sesiapa. tetapi apa yang perlu adalah dengan mencari jalan yang terbaik untuk membantu membesarkan anak-anak tersebut. xperlu menyalahkan sesiapa,xperlu nak kutuk2 sebab anak yang dilahirkan adalah anugerah yang tidak terhingga. untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak OKU, anda perlu sedar bahawa anda adalah insan yang Allah pilih untuk mengalas tanggungjawab untuk membesarkan insan istimewa yang sememangnya insyallah akan menjadi sebahagian daripada ahli syurga.xpayah mengeluh,cm ikhlas..
Tapi kalau nak cari bantuan,boleh la berjumpa dengan:
1. kaunselor keluarga
2. perunding kanak-kanak
yang mungkin akan dapat membantu meringankan beban.xpayah nak dengar nasihat orang-orang yang tak tahu menahu tentang OKU.buat serabut perut je..
untuk masyarakat kat luar tu..jangan la sesuka ati nak kutuk2 orang yang ada anak OKU. sebab bukan mereka minta untuk jadi mcm tu..sepatutnya kita membantu meringankan beban dan bersyukur sebab kita dilahirkan normal..

kanak-kanak ...
vid ini diambil masa aku praktikal..ternyata..kanak-kanak mmg ssh diurus..kn bnyak sabar...fuh!!!nasib bek dh berakhir...but...i love kids..
Langgan:
Catatan (Atom)